Headlines News :
Home » » TIADA OPERASI CERMIN GELAP BUAT MASA SEKARANG - CUACA PANAZZZ...

TIADA OPERASI CERMIN GELAP BUAT MASA SEKARANG - CUACA PANAZZZ...

Written By The Turtle Kick on Monday, 26 May 2014 | 8:34:00 am

RAWANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan melaksanakan operasi cermin gelap secara besar-besaran buat masa ini, namun operasi berkala tetap dilakukan seperti biasa.
    
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad turut menafikan mereka tidak membenarkan langsung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.
 
"JPJ hanya mahu mahu memastikan semua penggunaan cermin gelap itu diluluskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Dun Kuang di sini hari ini.
    
Beliau mengulas kerisauan orang ramai berhubung operasi cermin gelap secara besar-besaran bermula 16 Jun ini, seperti yang diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM).
    
PDRM sebelum ini dilapor memberi tempoh sehingga 15 Jun untuk pemilik menukar atau menanggalkan lapisan penebat haba yang terlalu gelap pada cermin kenderaan masing-masing-masing atau berdepan kompaun RM300.
    
Tempoh yang sama juga diberi kepada pemilik kenderaan menukar nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.
    
Ditanya kemungkinan undang-undang berkaitan cermin gelap akan dipinda, Ismail berkata perkara itu akan dikaji secara menyeluruh dalam satu bengkel khas bermula 2 Jun ini di Shah Alam.
    
"Semua pihak berkepentingan akan menyertai bengkel itu, contohnya PDRM akan tengok dari aspek jenayah mengenai tahap kegelapan yang sesuai, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula akan tengok dari segi kalau gelap sangat ditakuti aktiviti yang tidak diingini di dalam kereta boleh berlaku, mengenai cuaca panas pun ada kebenarannya, jadi isu ini akan dikaji secara menyeluruh supaya keputusan yang dibuat nanti dapat memenuhi kehendak semua pihak," katanya. - Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template