Headlines News :
Home » » Kah..Kah..Kah.. Cukai katil yang Patut dikenakan....

Kah..Kah..Kah.. Cukai katil yang Patut dikenakan....

Written By The Turtle Kick on Monday 9 June 2014 | 9:25:00 am

Disebabkan BODOH, Lim Guan Eng Kenakan Cukai Katil Kepada Pelancong!

DAP dan para pecacai mereka seringkali mendabik dada kononnya Lim Guan Eng sangat bijak mentadbir negeri. Konon-kononnya juga, Lim Guan Eng telah berjaya menambah hasil dalam negeri menerusi sumber-sumber yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan negeri terdahulu. Malah Lim Guan Eng juga SUPER HEBAT dalam memastikan perolehan negeri Pulau Pinang kekal tinggi 'tanpa membebankan rakyat'.

Itu kata para pecacai lah!

Hakikatnya, keadaan amat jauh berbeza. Lim Guan Eng bukanlah seorang pentadbir dan Ketua Kerajaan Negeri yang bagus. Bahkan Lim Guan Eng dengan ketua kampung yang hanya tahu membaca, menulis dan mengira berdasarkan sifir mudah, tiada bezanya. Kredibiliti serta kehebatan yang diperkatakan tentang Lim Guan Eng, tidak ubah seperti cerita-cerita dongeng yang mengisahkan kepahlawanan dewa-dewa dalam hikayat-hikayat Cina.

Lim Guan Eng sebenarnya hayalah seorang pemeras duit rakyat!

Bermula 1 Jun 2014 lepas, KERAJAAN NEGERI LIM GUAN ENG telah menguatkuasakan CUKAI KATIL (BED TAX) kepada pelancong-pelancong di negeri itu. (BACA DI SINI). Cukai baru itu telah dinamakan sebagai YURAN KERAJAAN TEMPATAN (local government fees) di mana pelancong yang menginap di hotel dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM3 untuk sebuah katil.

Ia menandakan permulaan kepada Kerajaan Negeri DAP dalam mengenalpasti banyak lagi cukai yang perlu dibayar oleh rakyat mahupun pelancong pada masa hadapan di Pulau Pinang.

Tiada sebarang berita yang dikhabarkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat. Malah kebanyakan blog, portal mahupun Facebook pro-Pakatan Rakyat, tidak menyebut langsung tentang cukai baru yang diperkenalkan oleh DAP itu untuk menambahkan keuntungan kepada akaun peribadi pemimpin-pemimpin DAP. Ia juga sama seperti tarif air yang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak 200% kepada rakyat dan penduduk Pulau Pinang.

DAP sedang berusaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang sangat mahal. Sekaligus mendorong golongan marhein berpindah keluar dari negeri tersebut dan meninggalkan tanah-tanah serta kediaman mereka untuk dirampas oleh Kerajaan Negeri DAP secara sewenang-wenangnya sepertimana yang dilakukan oleh Zionis kepada rakyat Palestin.

Semenjak DAP memerintah Pulau Pinang, banyak keputusan 'sesuka hati' telah dibuat tanpa mengambil kira bebanan rakyat. Tidak pula diketahui, apakah rasional di sebalik penguatkuasaan cukai katil itu.

Adakah semua pengusaha hotel di Pulau Pinang terlibat dan terpaksa akur kerana bimbang lesen perniagaan mereka ditarik balik sekiranya membantah?

Senario mengenakan bayaran mahupun cukai oleh Kerajaan Negeri DAP yang miskin serta muflis itu akan berterusan. Malah sudah terdengar ura-ura yang mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP akan mengenakan cukai ke atas tandas-tandas awam di seluruh Pulau Pinang yang kosnya perlu ditanggung oleh pengguna-pengguna.

Jikalau sebelum ini kos yang dibayar hanya untuk penyelenggaraan tetapi di bawah rancangan DAP Pulau Pinang dan Lim Guan Eng, selain kos penyelenggaran, pengguna-pengguna tandas awam juga perlu membayar cukai kewujudan keperluan asas itu.

Sekarang ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang sedang mengkaji penguatkuasaan cukai untuk pejalan-pejalan kaki di seluruh negeri Pulau Pinang. Sehingga kini, belum ada mana-mana negeri di seluruh Malaysia mahupun dunia yang mengenakan cukai buat pejalan kaki. DAP di bawah Lim Guan Eng sedang berusaha menjadi yang pertama melaksanakan cukai tersebut. Mekanisme pengutipan cukai ke atas pejalan-pejalan kaki sedang dibincangkan secara serius oleh Lim Guan Eng dan pasukannya yang turut membabitkan konsultan asing.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template