Headlines News :
Home » » 'PEGAWAI JUAL MAKLUMAT SULIT' KKM MASIH ENGGAN AMBIL TINDAKAN ? @DGHisham @SahabatHalal @NajibRazak

'PEGAWAI JUAL MAKLUMAT SULIT' KKM MASIH ENGGAN AMBIL TINDAKAN ? @DGHisham @SahabatHalal @NajibRazak

Written By The Turtle Kick on Thursday, 5 June 2014 | 10:48:00 am



Disebabkan maklumat sulit 'dijual' oleh pihak pegawai dalaman KKM mungkin dengan berniat sesuatu maka kita umat islam hampir dikelirukan dan JAKIM pula menjadi mangsa keadaan.

Hampir seminggu reputasi JAKIM terhakis dek dipersalahkan kerana memberi persijilan halal terhadap produk cadbury sedangkan dua sample produk cadbury telah disahkan mempunyai unsur poselin DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia-KKM.

Ada individu dipercayai dikalangan pegawai KKM sendiri yang mendedahkan maklumat sulit awal hasil analisis terhadap dua sample produk itu dengan terburu-buru sedangkan laporan penuh hasil siasatan belum dibuat dan dibawa untuk pengetahuan pihak JAKIM terlebih dahulu.

Pihak JAKIM tampil begitu telus dan menunjukan integriti dengan membuat ujian semula dengan mengambil sample dari batch produk yang sama terus dari kilang cadbury dan hasilnya sah sample tersebut bebas DNA babi.

Kekeliruan kepada orang ramai mula tercetus dan mereka mula menyalahkan JAKIM sedangkan kekeliruan sebenarnya dibawa oleh pihak dalaman KKM sendiri.

Buktinya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia - YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya mengakui pihak mereka terburu-buru dalam mendedahkan hasil analisis produk terbabit serta akan menyiasat pegawainya yang mendedahkan maklumat sulit kerajaan tersebut.

ADC mendesak supaya pegawai yang terbabit didedahkan identitinya dan tidak cukup hanya cakap untuk menyiasat penglibatannya…. KKM perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai yang mededahkan maklumat sulit kerajaan tersebut dan tindakan tegas dengan mensabitkan kesalahan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972terhadapnya perlu diambil !

Akta Rahsia Rasmi 1972



Ketua Pengarah KKM juga wajar meletak jawatan kerana kelemahan dan prosedur longgar dibawah seliannya punca maklumat yang berstatus sulit kerajaan boleh tiris keluar.
ADC Link
 
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template