Headlines News :
Home » » PEMBALASAN ALLAH NYATA: KERETA TERJUN JAMBATAN DI KEMAMAN

PEMBALASAN ALLAH NYATA: KERETA TERJUN JAMBATAN DI KEMAMAN

Written By The Turtle Kick on Wednesday 25 June 2014 | 2:02:00 pm

Chukai: Seorang pemuda melalui detik mencemaskan selepas kereta Proton Satria Neo dipandunya terbabas sebelum terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang, dekat sini, setinggi 15 meter, petang tadi.

Kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan mangsa Nazlie Ali, 27, yang berasal dari Kampung Padang Marang, Merchang, Marang patah tangan kiri dan cedera di kepala dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya selepas melalui satu selekoh di situ sebelum melanggar penghadang jambatan. Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta yang dipandunya itu berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bergegas memberi bantuan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai turut dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kemaman.

Allah bayor cash.....rupenye yg xsiden tu kes ye dlm siasatan....

Rompak stesen myk esso kerteh n samun kt kemasik
Allah bayo cash...
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template