Headlines News :
Home » » REMAJA PAILANG MENGAKU BERSALAH..

REMAJA PAILANG MENGAKU BERSALAH..

Written By The Turtle Kick on Tuesday 24 June 2014 | 8:14:00 am

SAMARAHAN: Tiga orang pelajar perempuan yang menggelarkan diri sebagai ‘gadis Pailang’ dari sebuah sekolah menengah di sini yang didakwa membelasah seorang pelajar lain sekolah itu dan perbuatan mereka dirakam dalam video yang tersebar di Internet mengaku bersalah di mahkamah majistret di sini pada Isnin. 

Ketiga-tiga mereka yang berumur 16 tahun itu mengakui di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ekoran pengakuan itu, Zulhairil memerintahkan mereka dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 seorang dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin sementara menunggu laporan akhlak mereka kepada mahkamah 11 Julai depan. 

Mereka turut diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran seminggu sekali sehingga tarikh tersebut, hari sebutan semula kes itu.

Dalam kertas pendakwaan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama kira-kira pukul 9.40 pagi 25 April lepas.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template