Headlines News :
Home » » BEBERAPA SEBAB AZRAI LETAK JAWATAN!!!

BEBERAPA SEBAB AZRAI LETAK JAWATAN!!!

Written By The Turtle Kick on Sunday 27 July 2014 | 8:30:00 am

Terkejut ADMIN dibuatnya.  Apa halnya Coach feveret  Abah ini letak jawatan ?  Empat suratkhabar online ADMIN baca untuk mendapatkan sebabnya.

Setahu ADMIN, Coach yang berusia 62 tahun ini menandatangani kontraknya untuk melatih T-Team selama dua tahun  pada November 2013. Namun beliau meletakkan jawatan semalam. 

Apa sebabnya ?

Menurut Sinar Harian Online, Azraai meletak jawatan atas rasa tanggungjawab kerana gagal membawa dan mengekalkan T-Team dalam Liga Super.

Menurut Berita Harian Online pula , keputusan drastik Azraai itu dibuat selepas kegagalannya untuk mengekalkan pasukan The Titans dalam Liga Super selain rasa kecewa terhadap pihak pengurusan pasukan dan pegawai media pasukan tersebut.

MyMetro pula melaporkan bahawa, perletakan jawatan itu berpunca daripada kurangnya sokongan pihak pengurusan pasukan berhubung beberapa perkara. Selain itu kenyataan sebuah akhbar dua hari lepas yang menyatakan beliau ponteng latihan tanpa sebab menjatuhkan reputasinya sebagai jurulatih profesional.

Akhbar Utusan Online pula melaporkan keputusan perletakan jawatan itu berpunca dari laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai jurulatih. Menurut Azraai, berita itu ditulis oleh wartawan yang juga pegawai pasukan tersebut.

Oh, kasihan Coach Azraai dan pasukan T-Team. Pastinya persiapan pasukan untuk menghadapi Piala Malaysia terjejas.

Ketua Operasi T-Team menyatakan mereka akan mencari pengganti Azraai secepat mungkin bagi melancarkan persiapan pasukan untuk menghadapi Piala Malaysia.

Admin rasa ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Tentu ada jalan penyelesaiannya jika semua duduk semeja berbincang. 

Kepada Coach Azraai,  semoga berjaya bersama pasukan lain.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Dzahir Batin.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template