Headlines News :
Home » » Wanita Kecewa Cuba Terjun JAMBATAN - Habis MADU Lah tu..

Wanita Kecewa Cuba Terjun JAMBATAN - Habis MADU Lah tu..

Written By The Turtle Kick on Sunday 27 July 2014 | 2:39:00 am

Hanya kerana berselisih faham dengan teman lelaki, seorang wanita bertindak memanjat papan iklan gergasi pada jejambat di Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) berhampiran tol Jelapang, Bandar Meru Raya di sini dan mengugut untuk terjun, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, wanita itu membatalkan niatnya itu selepas berjaya dipujuk oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Norazlina Robak’aee berkata, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 6.48 petang dan mendapati seorang wanita berusia awal 30-an duduk di atas papan iklan berkenaan.

“Wanita yang dipercayai warga Thailand itu hanya pakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek. Dia menangis sambil menjerit memarahi teman lelakinya yang turut berada di tempat kejadian.

“Ketika dipujuk, wanita berkenaan bertindak berdiri dan sekali sekala mengugut mahu terjun dari papan iklan terbabit dengan banyak kenderaan lalu lalang di bawah jejambat berkenaan,” katanya di sini.

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya sukar meminta mangsa turun daripada papan iklan tersebut kerana emosinya yang tidak stabil namun selepas sejam dia berjaya ditenangkan.

“Selepas hampir sejam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dan berjaya membawa turun mangsa dari papan iklan terbabit.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar UNTUK mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya. – Webberita | Terkini via Sinar Harian
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template