Headlines News :
Home » » BAPA MISALI IZIN ANAK MASUK KELAB MALAM !!!!

BAPA MISALI IZIN ANAK MASUK KELAB MALAM !!!!

Written By The Turtle Kick on Saturday, 4 October 2014 | 11:26:00 am



email
comments
Ammar pergi 'clubbing' minta izin daripada kami -  Zain Saidin
Ammar (dua dari kiri) sebelum ini telah berkongsi foto dia bersama rakan-rakan berhibur di kelab malam di akaun Instagramnya. - Foto HLive
KUALA LUMPUR: Kami tahu Ammar ada ke kelab malam dan sebagainya. Dia pergi dengan izin dan pengetahuan kami,” jawab Zain Saidin mengenai anak tirinya, Ammar Effendy, 18, ke kelab malam baru-baru ini.

Ammar sebelum ini telah berkongsi fotonya bersama rakan-rakan berhibur di kelab malam di akaun Instagram.

Berikutan itu, foto tersebut telah mengundang pelbagai persepsi negatif daripada pengikutnya di Instagram.

Untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, Zain akui dia dan isteri Rozita Che Wan tidak pernah menghalang Ammar untuk keluar bersosial seperti ke kelab malam.

Namun menurut Zain, ia haruslah di bawah pengetahuan dia dan isteri.

"Beginilah, saya pun dulu pernah remaja. Ibu saya terbuka dalam segala hal dan saya dididik dengan cara terbuka. Lagipun anak-anak ni, lagi kita halang lagi mereka suka, lagi mereka nak buat.

"Jadi dalam hal ini saya dan Che Ta mengambil pendekatan menjadi lebih terbuka. Biarlah mereka rasa dan lalui sendiri pengalaman-pengalaman dunia luar. asalkan masih terkawal dan tidak melampaui batas.

"Lagipun mereka juga ada rasa ingin tahu," kata Zain yang ditemui di majlis pelantikannya sebagai model HotPerfumes, bertempat di hotel Concorde, Shah Alam, petang Khamis.

Bagaimanapun, kata pelakon yang popular melalui sitkom Oh! My English! ini, kebebasan yang diberikan kepada Ammar dan Aniq, tidaklah bermaksud kedua-dua anak tirinya itu boleh berbuat apa saja yang mereka suka yang membawa kepada akibat buruk atau sesuatu hal yang boleh mencemarkan nama baik dia dan Che Ta.

"Kalau dia buat apa-apa perkara yang kurang elok, bukan saja nanti kami sebagai ibu bapa yang terima kesan tapi dia sendiri juga akan terima akibatnya. Orang tetap akan kecam dan kritik dia.

"Dan andai kata kalau dia tersilap langkah sekalipun, dia sendiri yang dapat pengajaran daripada apa yang dia lakukan tu. Biarlah dia rasa (pengalaman) sendiri," jelasnya lagi.

Zain dilantik sebagai duta Hot Perfume selama setahun dan bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie Oh My English tidak la
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template