Headlines News :
Home » » Ahli Parlimen Kuala Terengganu BUAT Pimpinan PAS Terengganu Benggang?

Ahli Parlimen Kuala Terengganu BUAT Pimpinan PAS Terengganu Benggang?

Written By The Turtle Kick on Monday 26 January 2015 | 1:30:00 pm

KENYATAAN MEDIA : PROGRAM HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.1)

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) bakal menganjurkan satu program baharu yang dinamakan sebagai Himpunan Harapan Semua atau HARAP 3.1 dalam mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Seperti yang telah sedia maklum, HARAP 3.1 buat julung kalinya akan diadakan pada 29 hingga 31 Januari ini di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dengan pelbagai pengisian menarik dengan sasaran lebih 10,000 pengunjung.

Program yang dirancang akan diadakan secara berkala itu mampu mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sekali gus mengambil alih pemerintahan Kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasinal pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun, saya berpendapat program HARAP 3.1 wajar ditangguhkan kepada satu tarikh yang lain selepas tempoh perkabungan selama 40 hari sehingga 4 Mac 2015 sebagai menghormati kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.

Almarhum merupakan nenda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong ke-4.

Besar harapan saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat agar BPPNT mengambil perjalanan yang sewajarnya di atas cadangan tersebut.

YB. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Pada 26 Januari 2015 bersamaan 5 Rabiulakhir 1436
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template