Hari Jumaat yang lalu satu cerita baru yang hebat dimulakan di
Terengganu. YAB Menteri Besar Terengganu melancarkan TTB Brotherhood.
Walau mungkin tidak sehebat program pasukan cybertroopers luar
Terengganu seperti Kuala Lumpur tetapi program ini cukup memberi kesan
kepada kami pemain media maya di sini.
Walaupun kehadiran MP14 bagai tidak dijemput namun MP14 hadir untuk
melihat sejauhmana kesungguhan Kerajaan Negeri menghargai pemain media
maya Terengganu. Alhamdulillah.... memang nampak keinginan Kerajaan
Negeri Terengganu merai dan menghargai pemain media maya.
Namun sayang, dari lebih 400 orang yang hadir pada malam itu, MP14
melihat hanya sebahagian kecil yang faham tentang permainan di medan
perang maya. Rata-rata yang hadir tidak tahu kenapa mereka dijemput.
MP14 bertanya kepada beberapa orang yang hadir, mereka memberitahu
mereka dijemput untuk makan-makan.
Salah seorang yang hadir memberitahu dia dari KELAB MOTOR 71, baru
sahaja dijemput sebentar tadi (malam itu jugak) - mungkin untuk
mencukupkan quota kerana meja banyak kosong pada awal ketibaan YAB
Menteri Besar.
Sehari kemudian seorang sahabat MP14 menghantar link sebuah artikel yang
ditulis oleh Persatuan yang menganjur bersama program tersebut. Sangat
menyedihkan, begitu banyak pesanan dan amanat serta gerak kerja yang
akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri, penganjur memilih untuk menulis
tentang MADU KELULUT yang mereka hadiahkan kepada YAB Menteri Besar.
Kesian YAB Menteri Besar, prajurit yang diharap mewar-warkan gerak kerja
untuk kebaikkan rakyat tidak diperbesarkan sebaliknya sebotol MADU
KELULUT lebih penting untuk pengetahuan rakyat jelata.
MP14 bukan pandai atau memandai-mandai tetapi seharusnya mereka yang
bijak tahu menilai siapa, apa dan bagaimana....jangan harta yang kita
ada tersilap jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya. Binasa
jadinya..... Pemain Media Maya harus tahu menilai sebuah rencana sebelum
di "up load". Jangan rencana bertukar menjadi "Bencana". Jangan kerana
nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan pula berkokok bagai nak rak,
lupa ekor sendiri terpalit tahi.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !