Headlines News :
Home » , » VEDIO PENUH : AHMAD SAID Dalam Sidang DUN Terengganu Hari Ke 2

VEDIO PENUH : AHMAD SAID Dalam Sidang DUN Terengganu Hari Ke 2

Written By The Turtle Kick on Thursday 14 May 2015 | 2:13:00 am

Cuaca diTerengganu dalam 2 dan 3 hari ini sangat panas nan perit lagi dan begitu juga dengan sosio POLITIK nya yang semakin hangat di perkatakan di seluruh alam maya.

Terengganu sekarang ini sedang berlangsung sidang Dewan Undangan Negeri bagi penggal ke 13 yang bermula pada 11-14 Mei 2015 dan beberapa ISU yang menarik telah dibahaskan didalam Dewan tersebut.

Dewan mula dipanaskan pada hari kedua apabila Adun Kijal yang juga Mantan Menteri Besar Terengganu yang ke 13 Dato Seri Haji Ahmad Bin Said. Sejarah mungkin berulang akan tetapi pelakonnya semesti orang yang berlainan mengikut zaman.

Fenomena pertukaran MB telah sinonim dengan negeri Terengganu yang mana dari Mantan MB yang ke 12 lagi yakni Dato Seri Idris Bin Jusoh dan peralihan itu semestinya dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.



Sebagai seorang yang berugama Islam ianya adalah Qodak dan Qodar Allah SWT dan apabila iany berkata " Kun faya Kun "..


Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya. 

Firman Allah swt dalam Al-Quran :

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117


Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
An Nahl:40

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah Yassin : 81-83




Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Al An'aam:73

Pada diawal pertukaran MB Terengganu yang Ke 12 dan diganti dengan MB ke 13 ayat yang pertama keluar dari Mantan MB Ke 13 adalah seperti ayat diatas "Kun Faya Kun" dan pertukaran itu berlaku lagi pada tahun 2014.

Semasa dalam perbahasan Sidang Dewan pada hari yang kedua semalam kenapa mantan MB ke 13 tidak menggunakan ayat tersebut dan jikalau beliau seorang yang beriman maka KUASA ALLAH SWT mengatasi segalanya.

Sejarah memang kita TIDAK boleh dipadamkan dalam memori kehidupan akan tetapi sejarah juga mengajar kita erti kehidupan DUNIA.

Wallahuakhlam....



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template