Headlines News :
Home » » AMANAH Yakin Menang 24 Kerusi Dun Terengganu

AMANAH Yakin Menang 24 Kerusi Dun Terengganu

Written By The Turtle Kick on Wednesday 5 April 2017 | 11:00:00 am



Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Terengganu yakin dapat memenangi kerusi dewan undangan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Menurut sumber terdekat pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad, Amanah akan bertanding kesemua kerusi telah dan calon-calon sudah dikenal pasti serta diyakini rakyat.

Amanah akan bertanding sebanyak 32 kerusi DUN di Terengganu dan yakin dapat memenangi sebanyak 24 kerusi diantara Kota Putera, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Jabi, Langkap, Tepoh, Teluk Pasu, Bukit Tunggal, Alur Limbat, Pengkalan Berangan, Bukit Payong,  Manir, Kuala Berang,Kuala Berang, Wakaf Mempelam, Bandar, Batu Burok, Ladang, Rantau Abang, Sura, Kemasik, Kijal dan Chukai,.

Katanya, dari 32 kerusi tersebut dijangkan akan menang mudah sebanyak 24 kerusi memandangkan penerimaan akar umbi dan "silent protes" kepada parti lawan kita termasuk umno.

Dalam perkhabaran yang terbaru ini, kerusi-kerusi selebihnya akan diagihkan kepada parti dalam pakatan harapan PKR, DAP dan PPBM.

Manakala bagi kerusi parlimen pula Amanah akan bertanding 4 kerusi iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu serta diyakani akan memperolehi kesemua kerusi parlimen pada kali ini.

Selain itu katanya, 'mood' rakyat ketika ini yang mahu perubahan dan silent protes ini akan menentukan pakatan harapan akan menjadi kerajaan Terengganu tanpa Pas yang sedang bersandiwara dengan umno.

Pas dan umno ketika ini sedang bergelut dengan masalah dalaman parti masing-masing ianya membuka peluang kepada Amanah dan barisan pakatan harapan untuk terus bergerak menyakini rakyat serta pengundi bagi menghadapi saki baki menjelang Pru 14 nanti.

Insyaallah... barisan pakatan harapan akan mengubah lanskap politik terengganu ini jika benar-benar rakyat mahu perubahan dan tidak mahu kerajaan rasuah seperti BN dan juga Pas pada tahun 1999 yang lalu,katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template