Headlines News :
Home » » Anak Terengganu Memang Power...

Anak Terengganu Memang Power...

Written By The Turtle Kick on Sunday, 22 June 2014 | 12:51:00 pm

Pendakwah bebas, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri, 45, dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Jun lalu.
Beliau yang berasal dari Kemaman, Terengganu, menggantikan Dato’ Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 20 Mac lalu selepas berkhidmat selama sembilan tahun.
Dr. Zulkifli berkelulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa dari Universiti Sains Malaysia (USM) adalah Mufti Wilayah Persekutuan yang ketujuh.
Selain itu, beliau adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria.
Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selain aktif menulis dan bergiat sebagai pendakwah bebas.
Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Pakar Rujuk Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Panel Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji.
Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.
Kini beliau banyak menulis dan menyampaikan kuliah dan ceramah sama ada di televisyen mahupun di seluruh tanah air.
Difahamkan tugas rasmi pertama beliau sebagai mufti adalah melihat anak bulan Ramadan pada 27 Jun ini bagi menentukan tarikh permulaan puasa bagi tahun ini.
Atas sumbangan dan ketokohan dalam ilmu Islam, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H/2014 peringkat negeri Terengganu dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012M.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template