SEMALAM, satu kejadian samseng jalanan telah dilaporkan (DI SINI).
Berdasarkan gambar serta video yang disertakan oleh pembuat posting,
yang kelihatan bersalah adalah pemandu dan penumpang kereta Myvi putih
dengan nombor pendaftaran WSW 5028.
Bagaimanapun, daripada pemandu dan pemilik kenderaan yang
didakwa samseng itu, lain pula ceritanya. Begitu juga dengan saksi yang
melihat kejadian berkenaan.
Ikuti penjelasan daripada pemandu Myvi putih yang telah disalin-tampal sepenuhnya dari mymediahubonline.blogspot.com.
Maka selepas tol, perakam video ini meminta pemandu Myvi tersebut berhenti untuk berbincang. Tetapi sebaliknya telah berlaku.
Jari isteri perakam video ini juga turut tercedera dan berdarah. Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, si isteri cuba memujuk suaminya untuk beredar dan membuat laporan di balai polis berdekatan.
Pihak polis kini sedang mengesan pemilik kenderaan WSW5028. Kepada sesiapa yang mengenali pemilik kenderaan tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - My Media Hub
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !