Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO BALIK AWAL.. kih...kih...

PEMUDA UMNO BALIK AWAL.. kih...kih...

Written By The Turtle Kick on Thursday, 12 June 2014 | 12:39:00 pm

BARISAN HADAPAN PEMUDA
1. Angan angan Mat Jenin & Harapan Menggunung kepada pimpinan pemuda dalam memainkan peranan sebagai Agen Transformasi iaitu suatu peranan yang amat sulit dan berat jika di lihat daripada unjuran keputusan PRU13 , saluran Orang Muda amat membimbangkan. Maka sewajarnya persediaan Pemuda , perencanaan & gerakerja juga hendaklah sesuai dengan besarnya tanggungjawab. Perkara utama bagi persediaan ini mestilah dilaksanakan secara terperinci .
2. Hendaklah persediaan itu satu persediaan yang sempurna-menyempurnakan: Dalam erti kata yang lain, ianya hendaklah merangkumi semua sudut persediaan, dari segi pemikiran, kejiwaan, pergerakan dan sebagainya. Jangan jadi persediaan itu hanya tertumpu kepada pemikiran semata-mata, atau kerohanian semata-mata, atau pergerakan politik semata-mata, tetapi ia hendaklah menitik beratkan semua sudut sahsiah supaya menjadi sahsiah Islamiyyah yang sempurna yang mampu bertahan menghadapi cabaran serta berterusan untuk mencapai matlamat.
3. Persediaan yang seimbang: Iaitu dengan menitik beratkan setiap sudut dengan kadar yang sepatutnya bukan berlebihan dan tidak pula berkurangan. Ini kerana melebihkan perhatian kepada sesuatu sudut akan mengurangkan perhatian kepada sudut lain pula. Ini tidak syak lagi akan membawa kepada keburukan dan menghilangkan keseimbangan sahsiah.
4. Persediaan hendaklah praktikal di mana ia tidaklah seharusnya dalam bentuk teori sahaja, tetapi hendaklah bergantung kepada usaha pembentukan keperibadian iaitu mewujudkan contoh baik , mewujudkan IKON PEMUDA, IDOLA PEMUDA, serta menjadi SUPERHERO untuk RAKYAT. Melaksanakan perkara-perkara utama yang asas ini dalam usaha penyediaan, membantu untuk mewujudkan organisasi PEMUDA yang mantap dan berjiwa teguh dengan nilai keperibadian dan jati diri yang tinggi, yang tidak kabur atau pincang, tidak pula ekstrim dan tidak juga memudah –mudahkan atau terlalu bertolak ansur. Inilah tuntutan yang dihajati oleh Islam dalam proses perubahan. Iaitu bersifat WASSATIYYAH.
5. Mengurus PEMUDA dalam aspek perencanaan, pentadbiran, kepimpinan dan segala tanggungjawab dan amanah. Melatih mereka menanggung kesusahan, menemui kepayahan dan menghadapi bahaya untuk memperkuatkan kecekalan mereka, kesabaran, dan mengentalkan kemahuan mereka sehingga tidak akan terjadi PEMUDA masa hadapan yang layu, tandus dan tidak bermaya jiwa dan hatinya, yang ada hanyalah kebanggaan atas materialistik, jawatan, kuasa , kekayaan harta, keseronokan yang tiada penghujungnya, PEMUDA sebegini adalah sebagaimana kata maksud syair:

Hembusan bayu melukakan pipi, 
Sentuhan sutera melukakan jari


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template