KUALA LUMPUR : Niat menghadiri temu duga di sebuah firma di Jalan
Wangsa Delima, Wangsa Maju membawa malang kepada seorang kakitangan
teknologi maklumat apabila dia dirogol beberapa kali oleh lelaki yang
menemuduganya, kelmarin.
Difahamkan, mangsa turut diberikan minuman berkarbonat yang mengandungi bahan khayal, selain dipaksa menghisap syabu.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa
berusia 33 tahun pergi ke firma berkenaan untuk menghadiri temu duga dan
selepas ditemu duga, dia diberikan minuman berkarbonat.
“Selepas minum, mangsa mula berasa khayal dan pening sebelum seorang
lelaki yang menemuduganya dengan tiba-tiba memaksa mangsa menanggalkan
pakaiannya selepas dipaksa menonton video lucah.
“Mangsa kemudian dipaksa pula menyedut serbuk putih dipercayai syabu
dan selepas mangsa separuh sedar, dia dirogol beberapa kali di atas
kerusi di pejabat lelaki terbabit,” katanya kepada Harian Metro,
semalam.
Menurutnya, selepas berehat seketika, lelaki itu merogol mangsa
sekali lagi hingga tidak berdaya sebelum mengarahkannya untuk mandi di
tandas kira-kira jam 6 petang.
Katanya, selepas mandi, mangsa mendapati telefon bimbit dan barangan
peribadinya hilang manakala lelaki terbabit pula sudah meninggalkan
pejabat dan menguncinya dari luar.
“Selepas menunggu lebih 20 minit, lelaki itu kembali ke pejabatnya, namun menafikan mengambil barang berharga mangsa,” katanya.
Sumber polis berkata, selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut
mangsa untuk melayan nafsu seks bagi mengelak video bogelnya disebarkan
kepada ahli keluarga dan pejabatnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,
Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima
laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !