Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi malang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.
Ketua pembangkang itu berkata kumpulan itu mendapat bantuan senjata canggih yang digunakan untuk menembak MH17.
"Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.
"Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Penerbangan MH17 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Khamis lepas.
Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di bahagian timur Ukraine.
Media barat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia terlibat dalam tembakan itu.
Kumpulan pencari dan bantuan penyelamat juga pada mulanya tidak diberikan kerjasama di lokasi terhempas, malah kawasan tersebut dikawal oleh kumpulan pemisah di situ.
Anwar bagaimanapun menggesa ketegasan Putrajaya, khususnya dalam isu melibatkan kepentingan negara dalam tragedi MH17.
"Tentunya kita perlu ambil sikap tegas bukan sahaja kerana menyebabkan nyawa terkorban, tetapi juga selepas itu tidak ada langsung mengawal tempat menjaga kepentingan di kalangan yang terkorban.
"Jadi harus ada sikap lebih tegas," katanya.
Akhbar The New York Times (NYT) semalam melaporkan Malaysia masih keberatan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyerang pesawat MH17.
Akhbar itu berkata, Putrajaya berhati-hati dalam hubungan diplomasinya, menjaga hubungan baik dengan Rusia dan pada masa yang sama menjauhi polisi Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS Barack Obama dan pemimpin negara barat lain berkata peluru berpandu darat ke udara yang terkena MH17 dibuat di Rusia serta menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin bersekongkol dalam peperangan di Ukraine.
Kerajaan Malaysia bagaimanapun, hingga hari ini, masih tidak menyalahkan pemerintah Rusia.
"Kami perlu sahkannya, kami perlu siasat dengan mendalam," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein seperti dipetik NYT.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menunding jari atau membuat tuduhan melulu sehingga semua fakta disahkan tentang punca pesawat tersebut ditembak. – 22 Julai, 2014.
Home »
» #MH17 : ALJUB DALAM RADAR AL QASSAM - Barua YAHUDI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !