Headlines News :
Home » » ABANG RAGUT MAHKOTA ADEK

ABANG RAGUT MAHKOTA ADEK

Written By The Turtle Kick on Thursday, 14 August 2014 | 2:30:00 pm


Abang Ragut ‘Mahkota’ Adik, Bapa Projek Minah Indon - Tidak pernah terlintas di fikiran siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 25 tahun ini untuk menjalin hubungan dengan rakan sama jantina, namun memori pahit zaman kanak-kanak ketika menjadi hamba seks kepada abang kandung menghantui diri, sekali gus merubah penampilannya kepada pengkid.
Menjadi mangsa sumbang mahram tatkala usia menjengah lapan tahun adalah igauan ngeri dialami anak keempat daripada enam beradik dikenali sebagai Leen.
“Sejak kecil, penampilan saya macam tomboi. Hubungan rapat dengan sepupu lelaki turut mempengaruhi imej ketika itu.
“Tambahan pula, kedua-dua kakak saya bersekolah di asrama penuh. Malah, mak dan ayah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan pekerjaan dilakukan lelaki, termasuk berkebun.
“Namun semuanya berubah apabila satu-satu abang kandung yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi adik meragut ‘mahkota’ saya ketika berusia lapan tahun.
“Kejadian itu berlanjutan enam bulan. Saya kemudian nekad memberitahu mak dan ayah, malangnya mereka seakan-akan tidak percaya, menyebabkan penderitaan saya dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.
“Lebih mengecewakan, ayah yang saya hormati curang terhadap mak dan sanggup menjalin hubungan sulit bersama pembantu rumah Indonesia,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template