n tata susila, akhlak
Islam dan lunas undang undang.
Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil untuk mengenakan tekanan, namun ia tidak mewajarkan tindakan secara fizikal mahu pun lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya.
ADMIN memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen. Tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot. Ia sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme).
Admin juga menyarankan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini diulangi oleh pihak tidak bertanggungjawab maka admin menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis McDonald's.
Admin juga tahu bagaimana gerakan memboikot ini direalisasi dengan cukup sempurna, jangan kita bagaikan hilang pertimbangan akal disebabkan produk asal McD ini adalah dari ISRAEL tetapi harus diingatkan bahawa Francais McD di Malaysia ini terutama di negeri pantai timur kebanyakkannya adalah milikan BUMIPUTRA sepenuhnya.
Jadi Admin berharap kita sebagai
bangsa yang bertamadun harus membuka mata dan fikiran agar ia tidak akan
berlaku lagi dimasa akan dating kerana kita mesti siasat dahulu siapakah yang
menjadi TAUKE kepada setiap primes yang kita hendak BOIKOT itu.
Nasihat Buat Pemboikot Mcd Dan
Sebagainya…
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara-saudari kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !