Kandungan dokumen “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya” adalah seperti berikut :
LANGKAH KAJANG – KAJANG MOVE – SATU PENJELASAN RINGKAS
Strategi ini dinamakan Langkah Kajang kerana satu pilihanraya kecil
akan diaturkan di DUN N25 Kajang bagi membolehkan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim bertanding di kerusi DUN Selangor seterusnya menjadi Menteri
Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Langkah
Kajang akan menjadi satu gerakan sistematik dan praktikal bagi
memastikan penguasaan Pakatan Rakayat dalam PRU14 yang dijangka pada
hujung tahun 2017.
Semasa PRU13, Pakatan Rakyat gagal
merealisasikan hasrat menawan Putrajaya kerana kekangan kewangan dan
kegagalan pembiayaan kempen secara efektif.
Maka atas musabab
itulah, Langkah Kajang dirangka dan digubal bagi memastikan kemampuan
kewangan Pakatan Rakyat adalah mencukupi seterusnya kejayaan Langkah
Kajang ini akan meranapkan keupayaan kewangan Barisan Nasional menjelang
dan semasa PRU14.
Langkah Kajang ini diadun dengan pelbagai
strategi peringkat tinggi melibatkan pengambilan untung dari pasaran
saham tempatan seterusnya menyerang kepentingan-kepentingan strategik
Barisan Nasional.
Umum sedia maklum bahawa Barisan Nasional
mempunyai pelbagai pelaburan dalam negara yang membolehkan mereka
membiayai pergerakan politik mereka. Kemampuan kewangan kerajaan juga
membolehkan Barisan Nasional ‘membeli’ pengundi seperti pemberian BR1M,
dividen, saham FGV, dividen ASB, dividen KWSP dan lain-lain.
Langkah Kajang akan memastikan kerajaan akan mengalami kerugian dan seterusnya dan gagal membayar dividen-dividen ini.
Kegagalan ini dinamakan ‘Serangan Kajang’ iaitu serangan terhadap Bursa Sahama Malaysia pada 4 fasa iaitu:
1.Fasa 1
24 bulan sebelum PRU14 – bagi mengaut keuntungan untuk membiayai kempen
222 Parlimen dengan suntikan RM2 juta setiap parlimen bagi melaksanakan
program-program terus kepada rakyat.
2.Fasa 2
I.12
bulan sebelum PRU14 – bertujuan untuk menjatuhkan ekonomi Malaysia
secara sistematik menjelang PRU14 bagi menggagalkan kerajaan mengekalkan
BR1M dan dividen-dividen keuntungan lain.
II.Kejatuhan pasaran saham ini akan menyebabkan nilai Ringgit terus merosot dan kerajaan terpaksa meningkatkan OPR dan BLR.
3.Fasa 3
6 bulan sebelum PRU14 – pengambilan keuntungan secara maksima dari
pasaran bagi membiayai PRU14 dengan peruntukan RM3 juta setiap parlimen
dan RM1 juta setiap DUN.
I.Konglomerat akan menekan kerajaan untuk membolehkan harga barangan tertentu dinaikkan sehingga 20%.
II.Pengurangan kakitangan oleh Pro-Pakatan akan menyebabkan semakin ramai rakyat menganggur dan kadar inflasi akan meningkat.
III.Kadar pengganguran dan kenaikan kos akan mengakibatkan inflasi.
IV.Pembelian Ringgit oleh Multinational Corporations (MNC) asing bagi
meningkatkan kadar tukaran Ringgit pada masa sama memaksa Bank Negara
kadar tunai dalam negara mencukupi (rujuk 4-II).
4.Fasa 4
I.Menjelang pembubaran parlimen – menjatuhkan pasaran saham ke tahap
terendah bagi menyelahkan ketidakyakinan pelabur kepada Kerajaan.
II.Serangan matawang Fasa 2.0 dengan bantuan MNC asing melalui
penjualan Ringgit skala besar yang akan menyebabkan ringgit menjadi
murah pada kadar minimum RM3.90 per USD.
Semasa puncak kempen
PRU13, PAS memperolehi sekitar RM200,000 sehari menerusi kutipan derma
semasa berceramah 3 hari menjelang PRU13.
PAS dilaporkan
memperolehi lebih RM1 juta sehari yang mana dana itu tidak pernah
diisytiharkan kepada rakan-rakan Pakatan yang lain.
Ketua Umum
sudah berjaya mengawal PAS dengan menaikkan beberapa orang pimpinan PAS
peringkat Pusat dan Negeri pada pemilihan baru-baru ini.
Sekiranya PAS berhasrat keluar dari Pakatan Rakyat, lebih separuh Ahli
Parlimen dan ADUN mereka tidak akan menyertai tindakan mereka dan akan
keluar parti (PAS) menyertai PKR.
Penjelasan dari Langkah Kajang
akan disalurkan terus secara peribadi kepada Ahli Parlimen dan ADUN PAS
yang tidak setia kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan diseliakan
oleh satu jawatankuasa khas yang akan diumumkan kelak.
Ringkasan
Eksekutif ini akan menerangkan secara ringkas perihal Langkah Kajang
dan Serangan Kajang HANYA sebagai makluman dan pengetahuan sahaja,
dokumen lengkap Langkah Kajang adalah SULIT.
Pengarah Strategi
Parti KeADILan Rakyat
30/12/2013
Parti KeADILan Rakyat
30/12/2013
SERANGAN KAJANG
Strategi Langkah Kajang akan menstrukturkan semula pengambilalihan
SYABAS dengan mengapungkan SYABAS ke Bursa Malaysia bagi meraih modal.
Kumpulan TEMASEK telah bersetuju untuk membeli 27.2% saham SYABAS dengan bentuk pertukaran saham bernilai RM2 bilion.
Saham tersebut akan dipindahmilik kepada Kumpulan SEMESTA yang akan
menjual semula saham ini dalam negara kepada beberapa orang Korporat
Tempatan yang berminat.
Transaksi ini akan membawa keuntungan
minima dianggarkan sebanyak RM633 juta kerana kenaikan harga saham
tersebut.Urusniaga akan berlaku sebaik sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim
menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid selepas
Pilihanraya Kecil DUN Kajang kelak.
Tokoh-tokoh korporat
tempatan yang terbabit sudah bersetuju untuk mendahulukan sejumlah RM2.8
bilion bagi membolehkan Unit Pelaburan Pakatan Rakyat atau Unit (P) 1
melaburkan wang tersebut ke pasaran saham.
Pendahuluan ini akan
diberikan 6 bulan sebelum penstrukturan semula Syabas.Menerusi bantuan
beberapa proksi Pakatan dalam Unit (K) 1 (Unit DFI dan Syarikat Pemegang
Pelaburan) yang berkuasa terhadap agensi pelaburan kerajaan seperti
Bank Kerjasama, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian
Malaysia Berhad, GovCo Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad,
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain, serangan secara
sistematik terhadap pasaran saham akan dilakukan.
Serangan ini
akan membabitkan pembelian jangka pendek selepas jualan jangka pendek
saham syarikat-syarikat tertentu yang akan memberi peluang kepada Unit
(P)1 membeli saham tersebut semasa harga sedang merudum akibat jualan
tersebut.
Kenaikan akibat pembelian jangka pendek akan
memberikan keuntungan sejumlah RM200 juta setiap hari. Ini bermakna Unit
(P) 1 akan memperoleh keuntungan sejumlah RM4 bilion sebulan.
Dalam tempoh 6 bulan, Serangan Kajang akan menumpukan kepada saham-saham syarikat berkepentingan kepada kerajaan.
Unit (P) 1 sudah mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi bagi
menyerang secara terancang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti
TNB, TN dan lain-lain.
Jualan jangka pendek akan menyebabkan harga saham-saham ini merudum dan akibatnya kerajaan terpaksa menambahkan modal pasaran.
Serangan secara gerila terhadap pasaran saham ini dengan bantuan
korporat yang pro-pakatan akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian
sekitar RM9 bilion dan seterusnya all-out akan menyebabkan pasaran saham
Malaysia jatuh ke tahap paling teruk menjelang PRU14.
MBI – MENTERI BESAR INCORPORATED
Rombakan ini juga akan melibatkan penstrukturan semula MBI melalui
pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempunyai kepakaran dalam pasaran
saham sebagai Penasihat Ekonomi Selangor merangkap CEO MBI.
Menerusi Sovereign Wealth Fund; satu dana dibanakan Selangor Urban
Development Fund akan dilancarkan bagi membolehkan Menteri Besar
Incorporated (MBI) untuk membuka nilai aset di Petaling Jaya dan Klang
bagi tujuan pembangunan semula dan pembangunan baru.
Program ini
telah mendatangkan minat yang tinggi terhadap beberapa korporat
tempatan dan luar negara yang berkesanggupan menaja kempen Pakatan
Rakyat. Mereka menawarkan sehingga 25% saham kepada Pakatan dan/atau
Proksinya sekiranya proposal mereka diluluskan.
Keberhasilan
dari rancangan ini akan memberikan keuntungan tunai anggran RM1.2 bilion
setahun menerusi penstrukturan semula pemilikan aset hartanah MBI
kepada korporat yang berminat.MBI juga akan melabur dalam projek-projek
yang dicadangkan oleh korporat tertentu dengan nilai syer sehingga 25%
kepada Pakatan dan/atau kepada Proksinya dengan aset dan dana pelaburan
MBI.
TABUNG KHAS
Menerusi Proksi Pakatan, Tabung Khas
dari kutipan ‘tidak terancang’ secara konsisten dari Rakan Perniagaan di
Selangor. Kelulusan serta kerjasama daripada PBT bagi meluluskan Lesen
Pusat Hiburan, Pusat Rehat dan SPA amatlah penting bagi melancarkan
urusan ini.
Sejumlah 273 taikun telah bersetuju untuk menyumbang
secara konsisten RM50,000 sebulan bagi tujuan membiayai Langkah Kajang
dengan hasil sebanyak RM13,650,000 sebulan.
Sebaik sahaja Khalid
digugurkan, sejumlah RM50,000 sebulan akan disalurkan kepada setiap
cabang seluruh negara bagi membiayai pergerakan mereka. Bakinya akan
dijadikan Bajet Tergempar untuk membiayai program-program tertentu. Dana
ini akan diuruskan secara bersama oleh Setiausaha Agung dan Pengarah
Strategi.
PENYALURAN DANA LANGKAH KAJANG
KEMPEN SIBER
Kempen yang berterusan akan mewujudkan persepsi yang berpanjangan. Oleh
kerana itu, Pakatan Rakyat menerusi dana khas Kerajaan Negeri Selangor
akan menubuhkan Pusat Latihan Propaganda Politik yang akan melatih
sekitar 50 orang dari seluruh Negara setiap bulan.
Latihan ini
akan dimulakan dengan latihan kepada senua Jawatankuasa Cabang seluruh
Malaysia. Latihan Intensif Propaganda Siber ini akan dilakukan dengan
kepakaran dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara.
Intensif seperti pemberian gajet akan mula diagihkan 24 bulan menjelang
PRU14 hasil dari dana yang diperolehi dari Serangan Kajang.
Sejumlah 3800 unit mobile devices jenama Samsung akan ditender sebaik
sahaja Menteri Besar Selangor yang baru dilantik dengan nilai RM7.6 juta
untuk membolehkan semua Ketua Cabang dan jawatankuasa Cabang seluruh
Malaysia mempunyai akses internet.
24 bulan sebelum PRU14,
sejumlah 5,000 unit laptod dengan nilai anggran RM10 juta akna diagihkan
kepada petugas siber Pakatan Rakyat di seluruh Negara.
Dari jumlah ini, sejumlah 1500 unit akan diagihkan kepada PACA di seluruh Negara.
12 bulan sebelum PRU14 pula, sejumlah 2,000 unit mobile devices jenama Samsung akan diagihkan dengan nilai RM3.2 juta.
SISTEM
Untuk membolehkan komunikasi masa-nyata (Real-Time) bagi pertukaran
maklumat, satu sistem berkomunikasi yang berenkripsi akan dibangunkan.
Sistem ini bukan sekadar membolehkan komunikasi tetapi pertukaran
gambar, audio, peta dan video dilakukan bagi membolehkan tindakan segera
diambil. System ini akan dibangunkan atas teknologi yang sama dengan
Whatsapp dan hanya akan dipasang (install) dalam perantian yang
dibekalkan sahaja.
RM3.5 juta akan diperuntukkan untuk menyewa Datacenter Racks, pembelian server dan pembangunan perisian.
MULTIMEDIA
Peranan kempen multimedia akan dikembangkan dengan peruntukan sejumlah
RM2 juta untuk membiayai penerbitan dokumentari, video dan animasi.
Peruntukan ini bertujuan untuk pembelian peralatan video, sewaan premis
dan elaun petugas. Video Multimedia Berdefinisi Tinggi akan diterbitkan
dan disebarkan menerusi Laman Sosial seperti Facebook, Youtube dan
lain-lain.
Penerbitan ini juga akan disiarkan ke dalam semua
skrin Bas RapidKL yang dikuasai simpatisan Pakatan Rakyat sepertimana
yang pernah dilakukan sebelum PRU13 dahulu tanpa disedari oleh Barisan
Nasional.
Menjelang PRU14, stesen TV dan Radio Live Pakatan
dengan jenama Pakatan14, akan dilancarkan bagi membolehkan tayangan
berdefinasi tinggi dipancarkan menenrusi internet. Tayangan 24 jam ini
akan dikendalikan sehingga tamat PRU14.
PENERBITAN INTERNET
Penerbitan internet secara berkala akan dilakukan dengan mewujudkan
lebih banyak laman web yang standing dengan Malaysiakini. 2 NGO
Pro-Pakatan telah dikenalpasti akan membantu dengan peruntukan RM2 juta
selama 24 bulan.
KEMPEN BERSIH
Kewangan yang mencukupi
untuk memastikan Kempen Bersih ini lebih berjaya. Sejumlah RM500,000
penajaan akan disalurkan untuk membantu promosi, pengangkutan dan
lain-lain penajaan seperti Banner dan T-Shirt.
KEMPEN BOIKOT
Penajaan Kempen Boikot yang dipelopori oleh Pro-Pakatan dalam bentuk
Penajaan Banner, T-Shirt, tambang, hotel dan lain-lain akan menjadi
lebih hebat sekiranya dana Langkah Kajang disumbangkan kepada mereka.
boikot ini amat penting kerana ia menakutkan pelabur dan menyebabkan
kerugian kepada perniagaan yang sedia ada.Kehilangan pekerjaan akan
menyumbang kepada kebencian kepada kerajaan dan Pakatan akan mengambil
kesempatan membantu sebahagian daripada pekerja ini.Sejumlah RM200,000
akan diperuntukan dari dana Langkah Kajang untuk membiayai Kempen Boikot
ini.
KEMPEN NEGARA-KU
Sejumlah RM200,000 akan disumbangkan kepada kempen Negara-Ku.
KEMPEN ANTI-LYNAS
Sejumlah RM200,000 akan disumbangkan kepada Kempen Anti-Lynas.
SERANGAN EKONOMI
ISIS dengan kerjasama Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Azrul
Azwar Ahmad Tajudin dari Institut Rakyat akan diperuntukan dana RM1.5
juta bagi kempen lumpuhkan ekonomi
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !