Headlines News :
Home » » APA YANG DIKATA ITU MUNGKIN ADA KEBENARAN NYA...

APA YANG DIKATA ITU MUNGKIN ADA KEBENARAN NYA...

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Saturday, 13 September 2014 | 12:05:00 am


Friday, September 12, 2014

(TIBA MASA UMNO INSAF) Tiada lagi perjuangan Umno, hanya perut dan kuasa, kata Nakhaie


Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja. 

Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.
"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.
"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.
"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, “Saya bukan Umno lagi” dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.
"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.
"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.
PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.
Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.
Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.
Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.
Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.
Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.
Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.
Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.
"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.
Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.
"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.
"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.
Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.
Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.
"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama,  bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.
"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.
"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.
Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.
Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.
Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar,” katanya.
Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.
"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.
"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.
Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap. – 12 September, 2014.

4 comments:

  1. Aku sokong kenyataan beliau. Berjuang demi Islam memerlukan pencerahan. Putih atau hitam.

    Jika kelabu macam Umno dan Pas sekarang, ia tidak lain kerana hieraki kuasa, perut dan wang bertimbun. Jika wang bertimbun, kita tahu apa yang mereka miliki...

    Islam, bangsa dan negara itu tidak berwarna kelabu. Ia augerah Allah SWT yang nyata demi kita semua mensyukuri.
    Reply
  2. Jika iapun kenapa UMNO itu dipersalahkan. Yang betul dan tidak betul ialah siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin. Begitu juga dalam mana2 pertubuhan waima PAS, PKR, DAP maupun NGO2 dan pertubuhan2 yang bercambah banyaknya.

    PERKIM sendiri pun sekiranya kepimpinan itu telah tersasar dari matlamat penubuhannya pun akan menghadapi situasi yang sama. Perlukah PERKIM yang dipersalahkan.

    Rasa2 Ustazlah sudahkah Ustaz menjalankan kewajipan yang diamanahkan kepada Ustaz sebaik mungkin. Adakah PERKIM mengorak langkah seiring dengan zaman yang bergerak pantas.

    Satu dimensi baru dalam menyampaikan dakwah. Kita ketinggalan dalam arus penyampaian dakwah. Oleh kerana itulah kita berhadapan dengan kemelut kalimah Allah, murtad, ajaran sesat, syiah dan pelbagai masalah hingga kesangsian kepada Islam itu telah sampai ke kemuncaknya.

    Mereka mengguna segala teknologi terkini dalam agenda menarik perhatian dan mendekati mereka. Dalam proses ini adakah atau sudahkah kita bersedia menghadapi agenda dengan balatentera cyber kita.

    Ustaz dah cuba atau Ustaz rasa ini bukan medan tempur kita. Berlapang dadalah Uztaz Nakhaie.
    Satu soalan untuk Ustaz,dalam PAS yang dilimpahi dengan para Ulama dan Cendiakawan ada tak PERKIM didalamnya.

    Maaf sekiranya apa yang dicatatkan menggangu jiwa Ustaz. Salam dari saya Inai Merah
    Reply
    Replies
    1. Ye! Benar kata Tuan tu..
  3. Sudah sudah lah..pendapat saya klu ustaz nak tinggalkan UMNO itu hak dia Dulu tinggalkan PAS pun hak dia. Setelah meninggalkan dua parti ini kita berharap jgnlah keluarkan percakapan melalui akhbar atau media eletronik. Lebih baik berdiam diri buat kerja kebajikan. Kenapa saya kata begitu?.. Ustaz ada pengikut dari kalangan orang Islam dan Melayu. Dibimbangi terus berlaku perpecahan dikalangan Melayu Islam yg selama ini telah pun berlaku berleluasa. Sayangilah Islam dan bangsa Melayu dimana kita pun Melayu
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template