Headlines News :
Home » » DUA ORANG PENGANGGUR YANG JUGA ANGGOTA PPS SERTA AKTIVIS YANG MEREKA BELASAH DIHERET KE MAHKAMAH!!!

DUA ORANG PENGANGGUR YANG JUGA ANGGOTA PPS SERTA AKTIVIS YANG MEREKA BELASAH DIHERET KE MAHKAMAH!!!

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Wednesday, 10 September 2014 | 2:55:00 pm



Dua orang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang terlibat membelasah seorang ahli perniagaan, aktivis alam sekitar serta penentang tegar Lim Guan Eng, hari ini telah ditangkap dan diheret ke mahkamah. Mereka adalah Lee Yew Kuen, 66 dan Lee Chan Kwong, 35. Ong Eu Soon, ahli perniagaan yang dibelasah, juga telah didakwa sama di Mahkamah Majistret Georgetown pagi tadi.

Kedua-dua anggota PPS itu, Lee Yew Kuen dan Lee Chan Kwong serta Ong Eu Soon, 51 telah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan pada 17 Ogos lalu.

Ong (kiri dengan baju berwarna putih) dilaporkan telah diserang oleh anggota-anggota PPS yang memakai vest berwarna ungu selepas dia memberitahu mereka namanya apabila ditanya.

Bagaimanapun kedua-dua Lee (baju hijau dan biru) berkata dalam satu sidang media kemudiannya, Ong sebenarnya yang telah menyerang mereka terlebih dahulu.

Menariknya, kedua-dua Lee (tidak mempunyai hubungan kekeluargaan walaupun berkongsi nama keluarga) diwakili oleh peguam yang sangat terkenal dengan RASIS, dan turut berhadapan dengan tuduhan menghasut, RSN Rayer manakala Ong pula tidak diwakili oleh peguam.

Rayer telah merayu agar wang jaminan dikurang menjadi RM1000 untuk kedua-dua anak guamnya dengan alasan mereka mempunyai keluarga untuk dijaga. Menurutnya lagi, kedua-dua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja separuh masa untuk mencari pendapatan menyara keluarga.

Hakim telah mengarahkan agar Ong mengupah seorang peguam dalam tempoh sebulan.

Persoalannya, mengapakah seorang ahli perniagaan, aktivis sosial dan penulis Ong Eu Soon tiba-tiba sahaja menyerang dua orang lelaki menganggur di tempat awam?

Sekiranya kedua-dua Lee itu tidak memakai seragam PPS dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PPS, bagaimanakah kedua-duanya yang tidak bekerja mampu mengupah seorang peguam berharga mahal seperti RSN Rayer untuk membela mereka?

Namun sesuatu yang lebih menarik ialah, mengapa tiada sebarang NGO atau Barisan Nasional yang menawarkan bantuan guaman kepada Ong Eu Soon?
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template