Kuala Lumpur : Mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said akur dengan keputusan presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan pilihanraya negeri (PRN) di Terengganu.
Sebelum ini beliau cukup lantang dengan mendesak serta mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam siri ceramah dan juga sidang media yang lalu.
Menurut sumber disini, Ahmad akhirnya akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh presiden UMNO juga Perdana Menteri Malaysia supaya tidak lagi membuat onar dalam UMNO Terengganu.
Katanya, setelah bertemu empat mata dengan presiden UMNO selama 30 minit itu membuatkan Ahmad akur dengan kemahuan parti dan apa yang telah dilafazkan sebelum ini.
Menjelang sidang dewan undangan negeri (DUN) yang bakal berlangsung esok (8 Ogos) Ahmad yang sebelum ini telah menyatakan kemungkinan akan menarik diri dari terus kekal menjadi adun BN dan berada dalam bebas sehingga PRU yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, beberapa sumber menyatakan penyebaran video seks pemimpin kanan BN Terengganu telah menjadi igauan kepada beliau. Adakah beliau salah seorang yang dikatakan itu???
Tambahnya, jika Ahmad terus dengan niatnya untuk melemahkan UMNO Terengganu, segala peluru(bukti) yang ada dalam simpanan seseorang disini akan dilepaskan satu persatu untuk rakyat menilai apakah perjuangannya selama ini betul ataupun salah.
"Disebabkan sebaran dimedia sosial beberapa hari ini telah membuatkan Ahmad membisu dan akan hadir sidang DUN seperti biasa," katanya.
Mgm Casino 2021 - New Orleans
ReplyDeleteMgm Casino 아산 출장안마 is 김해 출장마사지 a brand new 오산 출장안마 casino 거제 출장안마 in New 파주 출장안마 Orleans, New Orleans, and is open daily 24 hours. The casino's 60000 square foot gaming space features a