Headlines News :
Home » » CUKUPLAH MEMBURUKKAN DATUK JAI ...

CUKUPLAH MEMBURUKKAN DATUK JAI ...

Written By The Turtle Kick on Tuesday, 20 May 2014 | 11:24:00 am



Sudah banyak kali saya membaca penulis-penulis blog, facebooker yang menghentam Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah. Galak benar mereka menulis bagi memberikan gambaran buruk mengenai Datuk Jai. Datuk Jai adalah sahabat saya yang saya kenal begitu lama, dia anak Terengganu dan saya juga adalah anak Terengganu.

Kalau hendak dibandingkan, saya jauh lebih kenal hati pedal Datuk Jai berbanding mereka yang berada di Kuala Lumpur dan cuba mencipta kesilapan Datuk Jai. Anehnya, pelbagai perkara sengaja ditimbulkan mengenai Datuk Jai selepas berlakunya pertukaran Menteri Besar Terengganu baru-baru ini. Kononnya itulah, inilah.

Sebagai anak Terengganu, saya bangga apabila anak negeri ini menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Malah, seorang lagi anak Terengganu turut menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri.

Jujurnya, kasihan saya melihat gelagat bloger dan facebooker yang mahu merosakkan Datuk Jai walaupun terpaksa menulis sesuatu yang salah dari segi faktanya.

Maafkan saya, fakta yang mereka dakwa semuanya nampak bodoh dan tidak masuk akal. Dulu sudah ada seorang facebooker yang hentam Datuk Jai, tapi diam sebentar selepas itu (tidak tahu kenapa) dan sejak dua menjak ini nampak hentam balik.


Terbaru, ada bloger yang menuduh kononnya Datuk Jai mengambil alih tugas Tabung Haji apabila beliau keluar TV dan media mengenai Program Khas Haji YAB Perdana Menteri.

Sebagai wartawan yang hadir, jelas sekali kami membuat liputan kerana program itu menarik dan mempunyai nilai berita yang tinggi. Datuk Jai tidak berucap pun pada majlis itu dan beliau telah menyampaikan ucapan yang sangat baik kepada mereka yang terpilih.

Kalau orang tidak faham media tetapi mahu menulis mengenai peranan media, susahlah jadinya.

Bab kata orang, seseorang yang bodoh memang orang tidak tahu dia bodoh. Namun apabila orang itu bersuara atau menulis, maka confirmlah dia itu bodoh. Samalah macam beberapa bloger yang sekarang sedang galak menghantam Datuk Jai.

Mana ada Datuk Jai ambil alih kerja Pengerusi Tabung Haji. Itu kan program pejabat PM. Masya’Allah orang yang suka menfitnah itu tidak takutkah dengan dosa-dosa.

Malu saya dengan tulisan bloger yang menulis secara tidak bertanggungjawab.

Kalau nak kata bangang pun, kasarlah sangat tetapi itu bukanlah program Tabung Haji dan Datuk Jai keluar media disebabkan majlis itu ada mempunyai nilai berita. Dan, sebagai Setiausaha Politik PM, beliau cukup layak untuk berada pada majlis itu. Di mana silapnya?.

Saya, sebagai seorang wartawan dan saya hadir sama majlis itu – ia berjalan sangat lancar dan baik sekali. Yang bloger duduk sibuk sangat dengki dengan Datuk Jai apa pasal pulak.

Bagi saya, mereka yang membuat pelbagai cerita mengenai Datuk Jai adalah orang yang dengki. Tidak lebih dari itu.

Kepada mereka berkenaan, kalau jahil dan tidak tahu apa pun fakta sebenar, tak payahlah sengaja buat-buat cerita mengenai Datuk Jai.

Saya harap, DS Najib jangan mudah percaya dengan agenda kumpulan manusia yang mahu menjatuhkan Datuk Jai. DS Najib pasti lebih faham dan lebih kenal pegawainya sendiri berbanding orang luar yang tidak tahu apa-apa.

Tahniah Datuk Jai, anak Terengganu. Kami bangga dengan Datuk.

Datuk Jai kawan saya, saya lebih kenal dia … itu aja!.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template