Headlines News :
Home » » Dyana Pembaca Skrip Hebat DAP...

Dyana Pembaca Skrip Hebat DAP...

Written By The Turtle Kick on Tuesday, 20 May 2014 | 10:35:00 am

Dengan menggunakan skrip yang telah digarap oleh copy writer terlatih DAP, Dyana Sofya cuba membidas kenyataan awal Razali Ibrahim berhubung statusnya selaku bekas pelajar UiTM.

Menurut Dyana Sofya, UiTM adalah milik rakyat dan bukannya milik UMNO. UiTM dibuka dengan menggunakan wang rakyat, justeru mana-mana orang yang dikatakan sebagai rakyat Malaysia, perlu dibenarkan masuk belajar ke UiTM.

UiTM ditubuhkan oleh MARA menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kepada orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini. Modal untuk mewujudkan UiTM diambil daripada peruntukan untuk Melayu, Bumiputera dan umat Islam sepertimana yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sekaligus, apa yang dilakukan oleh kerajaan dari tahun 1955 sehingga 2014 adalah berlandaskan kepada peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dakwaan Dyana Sofya, menunjukkan dia adalah seorang pengkhianat yang sedang menjalankan tugas yang diberikan oleh DAP untuk memastikan Melayu, Bumiputera dan Islam dihapuskan dari negara ini. Dia telah ditugaskan untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Melayu, Bumiputera dan Islam.

Dek kerana tugasannya itulah, Dyana Sofya yang mendapat kemudahan pelajaran tinggi kerana status Melayunya mahu mengubah keadaan tersebut. Dia mempersoalkan kewujudan UiTM kononnya atas duit rakyat. Dia cuba menimbulkan kebencian di kalangan rakyat khususnya orang Melayu apabila menyebut tentang anak-anak orang kaya yang diberikan peluang belajar di institusi tersebut berbanding anak-anak orang kebanyakan. Walaupun tidak benar, namun ramai yang sangat percaya dengan kata-kata itu walaupun sebahagian daripada anak-anak orang yang tidak percaya, turut belajar di UiTM.

Memang benar UiTM bukannya hak milik UMNO tetapi UiTM adalah HAK MILIK ORANG MELAYU dan BUMIPUTERA. Kerajaan Persekutuan hari ini adalah UMNO dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. Justeru, keistimewaan Melayu-Bumiputera yang menjadi pelajar di UiTM dipelihara oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO.

Peluang belajar di UiTM terbuka kepada semua Melayu dan semua Bumiputera. Kalau benar seperti yang didakwa oleh Dyana Sofya sudah tentulah tidak ada pelajar-pelajar UiTM yang cenderung kepada PAS, PKR mahupun DAP. Malah Dyana Sofya sendiri seharusnya menyebut dan mengakui bagaimana caranya dia masuk belajar ke institusi pengajian tinggi awam untuk orang Melayu itu menerusi 'jalan belakang' secara terbuka tanpa perlu melindungi dirinya dengan pelbagai tohmahan yang dia sendiri tahu, tidak benar sebaliknya hanya dipercayai oleh DAP.

Dan seharusnya juga, Dyana Sofya bercakap tentang Kolej New Era di Kajang yang hanya memberikan kuota yang TERSANGAT-SANGAT KECIL untuk Melayu-Bumiputera berbanding untuk pelajar-pelajar Cina. Mengapa UiTM disentuh dan mahu dibuka, sedangkan Kolej New Era yang dicipta oleh DAP, amat tertutup dan hanya khusus untuk orang Cina?

Harap muka sahaja yang cantik tetapi ternyata otaknya benyek macam tahi lembu ditimpa hujan!!!\
~TFK
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template