Isu hudud yang bakal dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat
ini begitu membimbangkan DAP. Ini memandangkan UMNO telah menyatakan sokongan
terhadap hudud selagi ianya adil dan menurut hukum Allah bukannya sekadar
“tangkap muat” untuk mengaburi mata rakyat. Dalam senario ini DAP sedar bahawa
kepentingan Islam bakal menyatukan perpaduan Melayu di negara kita. Ini
mencetuskan kebimbangan melampau memandangkan selama ini mereka telah berusaha
keras untuk memecah belahkan bangsa Melayu.
Kini Lim guan Eng menggunakan isu pengkhianatan PAS.
Kononnya PAS akan mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti
itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini jika mereka meneruskan
pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Kebimbangan utama DAP lebih kepada
ruang dan peluang yang dibuka oleh PAS untuk memberi peluang kepada Barisan
Nasional kononnya untuk memecahbelahkan “kekuatan” pakatan pembangkang.
Persoalannya adakah perlaksanaan hudud PAS hasil dari
kerjasama sesama Islam iaitu UMNO akibat dari tertipu dan juga pengkhianatan
pengundi bukan Islam? DAP juga menuduh PAS melakukan percanggahan kerana terus
berada dalam pakatan tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan UMNO
melaksanakan hudud.
Sebenarnya ini membuktikan betapa kurang ajarnya DAP
terhadap Islam. Mereka berusaha dengan apa cara sekalipun untuk memastikan
Islam yang sempurna tidak dapat dilaksanakan di negara yang agama rasminya
adalah Islam. Rakyat perlu sentiasa ingat hakikat ini.
Namun memang sesuatu yang memeranjatkan apabila Guan Eng
sendiri mengaku bahawa UMNO mendapat sokongan dari ramai pengundi Melayu tanpa
perlu berkempen tentang hudud. Hakikatnya UMNO tidak pernah mempergunakan Islam
untuk meraih undi politik. Perjuangan UMNO dalam Islam jelas ikhlas. Dengan itu
penubuhan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan oleh Kerajaan
Barisan Nasional dan Kerajaan PAS Kelantan bagi memastikan hudud dapat
dilaksanakan sememangnya atas rasa tanggungjawab UMNO memertabatkan Islam.
Betulkah persoalan mengenai hudud sebagai hukuman ‘potong
tangan’ merupakan antara sebab mengapa undang-undang Islam itu mendapat tentangan
daripada kalangan orang bukan Islam terutamanya DAP dan MCA. Namun realitinya,
ini bukanlah sebab utama. Hukuman “potong tangan” hanyalah sebab sampingan
untuk DAP dan MCA tolak hudud.
Dalam ertikata lain, sebenarnya mereka tahu bahawa
undang-undang Islam tidak sezalim yang mereka cuba gambarkan. Tambahan pula DAP
dan MCA ini sebenarnya agak arif tentang undang-undang komunis yang jauh lebih
zalim memandangkan nenek moyang mereka di negara China masih lagi dibelenggu
dengan pemerintahan komunis.
Melalui perlaksanaan
hudud, hukuman potong tangan terhadap orang yang mencuri hanya akan dijalankan
setelah melalui proses pembuktian yang amat teliti. Tidak semua yang mencuri
akan dipotong tangan kerana dalam hudud ada prosesnya. Pertimbangan berat dan
jumlah kesalahan akan diambil kira. Konsep memaafkan pencuri dengan syarat
dipulangkan balik barang yang dicuri juga ada di dalam hudud. Selain daripada
itu, walaupun telah dijatuhkan hukuman potong tangan sekalipun, mereka masih
ada proses rayuan yang boleh dilakukan.
Oleh itu penolakan hudud oleh DAP sebenarnya merupakan
penolakkan terhadap hakikat bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Dan
hakikat Islam dapat menyatukan bangsa Melayu di negara kita bakal memusnahkan
impian mereka untuk menguasai negara.
Petikan Mykmu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !