Headlines News :
Home » » PIALA THOMAS 1992 BAKAL BERULANG TAHUN INI...

PIALA THOMAS 1992 BAKAL BERULANG TAHUN INI...

Written By The Turtle Kick on Saturday, 24 May 2014 | 10:00:00 am

Pasukan Badminton Malaysia yang tidak diberi harapan tinggi dan hanya mensasarkan setakat Separuh Akhir dalam Piala Thomas 2014 ini mencipta kejutan terbesar menundukkan Indonesia 3-0 untuk layak ke perlawanan akhir.

Turut sama mencipta kejutan ialah pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi badminton dunia, China, dengan kemenangan 3-0 juga.

Tidak ramai yang berani meramalkan Malaysia mampu melepasi pusingan Suku Akhir semasa bertemu Denmark, apatah lagi untuk memberi sebarang harapan untuk menumpaskan Indonesia. Satu-satunya harapan Malaysia ialah menerusi Lee Chong Wei pemain nombor satu dunia. Malaysia dijangka kalah 3-1.

Namun malam ini menjadi detik keramat kepada Malaysia. Setelah Lee Chong Wei menepati ramalan memenangi mata pertama untuk Malaysia dengan menumpaskan Tommy Sugiarto 21-19 21-13.

Sudah tentu “turning point” Malaysia malam ini ialah kebangkitan pasangan beregu “bidan terjun” Tan Boon Heong/Hoon Thien How. Mereka tidak diberi sebarang harapan ketika menentang pasangan Indonesia yang merupakan pasangan nombor satu dunia, Mohammad AHSAN dan Hendra SETIAWAN.

Hakikatnya, Malaysia tidak diberi sebarang peluang untuk meraih mata melalui beregu ini. Namun mereka melakukan kejutan terbaik apabila menumpaskan pasangan dari Indonesia ini dalam pertarungan sengit tiga set, 21-19 8-21 23-21 dalam masa 55 minit.

Kedudukan 2-0 tersebut nyata memberi semangat kepada CHONG WENG FERN pemain muda yang mempamerkan prestasi sangat baik dalam kejohanan ini.

Sungguhpun berada di rangking 27 dunia berbanding pemain Indonesia Dionysius Hayom RUMBAKA yang berada di tangga ke 19 dunia, ternyata ia bukan penghalang atau faktor yang menakutkan anak muda dari kedah ini.
3RDSINGGLEChong Weng Fern tidak melepaskan peluang untuk menjadi hero pasukan negara membawa Malaysia layak ke perlawanan akhir setelah lebih sedekad tenggelam dalam kejohanan ini. Weng Fern menguasai permainan sejak permulaan menamatkan set pertama dengan 21-10. Set kedua juga bermula seperti set pertama membolehkan Weng Fern menamatkan kedudukan dengan keputusan 21-17.

Ini seterusnyan membawa Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas dengan kejayaan 3-0. Satu keputusan yang tidak dijangka oleh mana-mana penganalisis sukan badminton dunia untuk Piala Thomas edisi kali ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas ialah pada 1992, menumpaskan musuh tradisi, Indonesia dengan keputusan 3-2.
Malaysia Boleh! Kita menanti perlawanan akhir Ahad ini!
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template