Headlines News :
Home » » KOLAM TERLEBIH KLOREN.. 37 CEDERA..

KOLAM TERLEBIH KLOREN.. 37 CEDERA..

Written By The Turtle Kick on Monday, 26 May 2014 | 1:23:00 pm

Lebih 30 orang, kebanyakannya pelancong luar negara, dikejarkan ke hospital Thailand selepas terdedah kepada cecair klorin yang melimpah masuk ke dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di pulau Phuket semalam.
Ketua polis penyiasat, Leftenan Kolonel Chavalit Pethsripia berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi (11 pagi waktu Malaysia) di Hotel Phuket Orchid Resort dan Spa yang terletak di pantai Karon.
Katanya, kesemua mangsa mengalami kecederaan kecil selepas terdedah kepada tahap klorin tinggi yang boleh memudaratkan.
Pengarah Hospital Patong, Phumin Silapan berkata, mangsa boleh mengalami kegatalan pada kulit dan sakit mata.
“Terdapat 37 mangsa, termasuk 26 pelancong asing dimasukkan ke hospital,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template