Taktik seorang gadis menyorok di belakang almari kanvas bagi mengelak
ditahan, gagal apabila dia berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi kelmarin.
Pasangan itu antara tujuh orang termasuk
seorang perempuan yang ditahan di sebuah rumah di Taman Mawar dalam
serbuan Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima
maklumat awam mengenai kegiatan maksiat yang berlaku di rumah itu.
“Kami mendapati tiga lelaki hanya berseluar pendek ketika serbuan
dijalankan, manakala dua perempuan itu pula berpakaian lengkap, kesemua
mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun,” katanya kepada
Sinar Harian.
Beliau berkata, gadis yang menyorok di belakang almari itu memberi
alasan baru datang dan menumpang tidur di rumah kekasihnya itu kerana
bapa saudaranya tiada di rumah.
“Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais
1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua
tahun atau kedua-duanya sekali.
Home »
» SOROK BELAKANG ALMARI, ELAK DI TAHAN..
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !