Headlines News :
Home » » LOGO HALAL JAKIM BUKAN JAMINAN?

LOGO HALAL JAKIM BUKAN JAMINAN?

Written By The Turtle Kick on Monday, 26 May 2014 | 5:00:00 pm

DNA Babi: Logo HALAL Bukan Jaminan?

Isu Serius pilihan Blog Santai adalah kisah DNA babi yang kini hebat diperkatakan. Walaupun isu ini bukanlah yang pertama kali diperkatakan tetapi kejadian yang menimpa coklat cadbury amatlah dikesali kerana ianya merupakan antara coklat kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama. Dan pastinya sudah begitu banyak coklat ini yang telah di makan oleh kita semua dan telah menjadi darah daging kita. Persoalannya sekarang, berapa banyak lagi produk dipasaran yang mengandungi "porcine" tetapi mempunyai logo HALAL. Apakah tiada lagi jaminan produk yang berlogo HALAL adalah HALAL?
DNA Babi Dalam Cadbury

Logo HALAL Di Pertikaikan?


Isu ini adalah isu yang serius dan perlu di tangani secara serius oleh pihak JAKIM kerana banyak komen-komen yang kita baca mempertikaikan kesahihan logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jika logo ini tidak lagi boleh dianggap sebagai jaminan, apakah lagi yang boleh kita sandarkan?

Kesahihan maklumat serta pengesahan yang sebenarnya oleh pihak JAKIM amat penting bagi mengelakkan keraguan di kalangan umat Islam. Jakim dan Kementerian Kesihatan perlu membuat kajian menyeluruh terhadap semua produk dan mengisytiharkan produk-produk yang halal atau tidak. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengembalikan keyakinan kepada kita semua, pengguna yang berugama Islam. Jangan berkompromi dalam soal HALAL dan HARAM.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template