Headlines News :
Home » » Serangan Jantung !!!

Serangan Jantung !!!

Written By The Turtle Kick on Tuesday 20 May 2014 | 8:22:00 am

Bapa kepada pemain bola sepak pasukan Terengganu, Mohd Nor Farhan Muhammad atau lebih dikenali sebagai ‘Ben10’ meninggal dunia petang semalam,  dipercayai akibat serangan jantung.
Difahamkan, bapanya, Muhammad Husin, 61, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.05 petang di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, Marang selepas mengadu sakit dada dan dibawa ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut.Ang1
Allahyarham yang juga pesara kerajaan di Jabatan Pertanian, Ajil meninggalkan seorang isteri, Halijah Wahab, 60 dan lima orang anak, iaitu dua perempuan dan tiga lelaki termasuk Nor Farhan, anak ketiga.
Hadir menziarahi keluarga Allahyarham, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat; Adun Pengkalan Berangan, A. Latif Awang dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar.Papa Ang 2
Sementara itu, Mohd Nor Farhan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin negeri, pegawai dan juga rakan termasuk pemain bola sepak Terengganu, T-Team dan luar Terengganu yang sudi melawat selain turut membantu menguruskan jenazah Allahyarham sehingga selesai dikebumikan, malam tadi.
Katanya, kehilangan orang tersayang yang banyak membantu menaikkan nama dan menyuntik semangat dalam profesionnya sejak dulu hingga kini akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk menguatkan usaha bagi meneruskan kejayaan di masa akan datang.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template