Headlines News :
Home » » Anak Terengganu MembanggaKan Keseluruhan Rakyat - Ahmad Razif

Anak Terengganu MembanggaKan Keseluruhan Rakyat - Ahmad Razif

Written By The Turtle Kick on Tuesday 20 May 2014 | 8:26:00 am



YAB Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman menyatakan setinggi tahniah kepada qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali, yang muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.

Ahmad Tarmizi yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran memperoleh 91.67 peratus dan berjaya mewakili negara pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini.

Dato’ Ahmad Razif berkata kerajaan negeri amat berbangga dengan kemenangan anak jati Kampung Che Lijah, Dungun itu.

“Insya-Allah akan ada sesuatu untuk beliau sebagai menghargai kejayaannya,” kata Dato’ Ahmad Razif kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Tiga Abad Pentadbiran Islam yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut berangkat ke majlis itu Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Apa yang membanggakan Terengganu turut muncul johan keseluruhan selepas mengumpul markah keseluruhan 85.17 peratus.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template