Headlines News :
Home » » INTIPATI & “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya”

INTIPATI & “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya”

Written By The Turtle Kick on Saturday 23 August 2014 | 3:00:00 pm


Kandungan dokumen “Ringkasan Eksekutif, Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya” adalah seperti berikut :

LANGKAH KAJANG – KAJANG MOVE – SATU PENJELASAN RINGKAS 

Strategi ini dinamakan Langkah Kajang kerana satu pilihanraya kecil akan diaturkan di DUN N25 Kajang bagi membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN Selangor seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Langkah Kajang akan menjadi satu gerakan sistematik dan praktikal bagi memastikan penguasaan Pakatan Rakayat dalam PRU14 yang dijangka pada hujung tahun 2017. 

Semasa PRU13, Pakatan Rakyat gagal merealisasikan hasrat menawan Putrajaya kerana kekangan kewangan dan kegagalan pembiayaan kempen secara efektif. 

Maka atas musabab itulah, Langkah Kajang dirangka dan digubal bagi memastikan kemampuan kewangan Pakatan Rakyat adalah mencukupi seterusnya kejayaan Langkah Kajang ini akan meranapkan keupayaan kewangan Barisan Nasional menjelang dan semasa PRU14. 

Langkah Kajang ini diadun dengan pelbagai strategi peringkat tinggi melibatkan pengambilan untung dari pasaran saham tempatan seterusnya menyerang kepentingan-kepentingan strategik Barisan Nasional.
Umum sedia maklum bahawa Barisan Nasional mempunyai pelbagai pelaburan dalam negara yang membolehkan mereka membiayai pergerakan politik mereka. Kemampuan kewangan kerajaan juga membolehkan Barisan Nasional ‘membeli’ pengundi seperti pemberian BR1M, dividen, saham FGV, dividen ASB, dividen KWSP dan lain-lain. 

Langkah Kajang akan memastikan kerajaan akan mengalami kerugian dan seterusnya dan gagal membayar dividen-dividen ini. 

Kegagalan ini dinamakan ‘Serangan Kajang’ iaitu serangan terhadap Bursa Sahama Malaysia pada 4 fasa iaitu: 

1.Fasa 1
24 bulan sebelum PRU14 – bagi mengaut keuntungan untuk membiayai kempen 222 Parlimen dengan suntikan RM2 juta setiap parlimen bagi melaksanakan program-program terus kepada rakyat.

2.Fasa 2
I.12 bulan sebelum PRU14 – bertujuan untuk menjatuhkan ekonomi Malaysia secara sistematik menjelang PRU14 bagi menggagalkan kerajaan mengekalkan BR1M dan dividen-dividen keuntungan lain.
II.Kejatuhan pasaran saham ini akan menyebabkan nilai Ringgit terus merosot dan kerajaan terpaksa meningkatkan OPR dan BLR.

3.Fasa 3
6 bulan sebelum PRU14 – pengambilan keuntungan secara maksima dari pasaran bagi membiayai PRU14 dengan peruntukan RM3 juta setiap parlimen dan RM1 juta setiap DUN.
I.Konglomerat akan menekan kerajaan untuk membolehkan harga barangan tertentu dinaikkan sehingga 20%.
II.Pengurangan kakitangan oleh Pro-Pakatan akan menyebabkan semakin ramai rakyat menganggur dan kadar inflasi akan meningkat.
III.Kadar pengganguran dan kenaikan kos akan mengakibatkan inflasi.
IV.Pembelian Ringgit oleh Multinational Corporations (MNC) asing bagi meningkatkan kadar tukaran Ringgit pada masa sama memaksa Bank Negara kadar tunai dalam negara mencukupi (rujuk 4-II).

4.Fasa 4
I.Menjelang pembubaran parlimen – menjatuhkan pasaran saham ke tahap terendah bagi menyelahkan ketidakyakinan pelabur kepada Kerajaan.
II.Serangan matawang Fasa 2.0 dengan bantuan MNC asing melalui penjualan Ringgit skala besar yang akan menyebabkan ringgit menjadi murah pada kadar minimum RM3.90 per USD.

Semasa puncak kempen PRU13, PAS memperolehi sekitar RM200,000 sehari menerusi kutipan derma semasa berceramah 3 hari menjelang PRU13.

PAS dilaporkan memperolehi lebih RM1 juta sehari yang mana dana itu tidak pernah diisytiharkan kepada rakan-rakan Pakatan yang lain. 

Ketua Umum sudah berjaya mengawal PAS dengan menaikkan beberapa orang pimpinan PAS peringkat Pusat dan Negeri pada pemilihan baru-baru ini. 

Sekiranya PAS berhasrat keluar dari Pakatan Rakyat, lebih separuh Ahli Parlimen dan ADUN mereka tidak akan menyertai tindakan mereka dan akan keluar parti (PAS) menyertai PKR. 

Penjelasan dari Langkah Kajang akan disalurkan terus secara peribadi kepada Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang tidak setia kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan diseliakan oleh satu jawatankuasa khas yang akan diumumkan kelak. 

Ringkasan Eksekutif ini akan menerangkan secara ringkas perihal Langkah Kajang dan Serangan Kajang HANYA sebagai makluman dan pengetahuan sahaja, dokumen lengkap Langkah Kajang adalah SULIT.

Pengarah Strategi
Parti KeADILan Rakyat
30/12/2013 

SERANGAN KAJANG 

Strategi Langkah Kajang akan menstrukturkan semula pengambilalihan SYABAS dengan mengapungkan SYABAS ke Bursa Malaysia bagi meraih modal. 

Kumpulan TEMASEK telah bersetuju untuk membeli 27.2% saham SYABAS dengan bentuk pertukaran saham bernilai RM2 bilion. 

Saham tersebut akan dipindahmilik kepada Kumpulan SEMESTA yang akan menjual semula saham ini dalam negara kepada beberapa orang Korporat Tempatan yang berminat. 

Transaksi ini akan membawa keuntungan minima dianggarkan sebanyak RM633 juta kerana kenaikan harga saham tersebut.Urusniaga akan berlaku sebaik sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid selepas Pilihanraya Kecil DUN Kajang kelak. 

Tokoh-tokoh korporat tempatan yang terbabit sudah bersetuju untuk mendahulukan sejumlah RM2.8 bilion bagi membolehkan Unit Pelaburan Pakatan Rakyat atau Unit (P) 1 melaburkan wang tersebut ke pasaran saham. 

Pendahuluan ini akan diberikan 6 bulan sebelum penstrukturan semula Syabas.Menerusi bantuan beberapa proksi Pakatan dalam Unit (K) 1 (Unit DFI dan Syarikat Pemegang Pelaburan) yang berkuasa terhadap agensi pelaburan kerajaan seperti Bank Kerjasama, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad, GovCo Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain, serangan secara sistematik terhadap pasaran saham akan dilakukan. 

Serangan ini akan membabitkan pembelian jangka pendek selepas jualan jangka pendek saham syarikat-syarikat tertentu yang akan memberi peluang kepada Unit (P)1 membeli saham tersebut semasa harga sedang merudum akibat jualan tersebut. 

Kenaikan akibat pembelian jangka pendek akan memberikan keuntungan sejumlah RM200 juta setiap hari. Ini bermakna Unit (P) 1 akan memperoleh keuntungan sejumlah RM4 bilion sebulan. 

Dalam tempoh 6 bulan, Serangan Kajang akan menumpukan kepada saham-saham syarikat berkepentingan kepada kerajaan. 

Unit (P) 1 sudah mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi bagi menyerang secara terancang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB, TN dan lain-lain. 

Jualan jangka pendek akan menyebabkan harga saham-saham ini merudum dan akibatnya kerajaan terpaksa menambahkan modal pasaran.

Serangan secara gerila terhadap pasaran saham ini dengan bantuan korporat yang pro-pakatan akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sekitar RM9 bilion dan seterusnya all-out akan menyebabkan pasaran saham Malaysia jatuh ke tahap paling teruk menjelang PRU14. 

MBI – MENTERI BESAR INCORPORATED 

Rombakan ini juga akan melibatkan penstrukturan semula MBI melalui pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mempunyai kepakaran dalam pasaran saham sebagai Penasihat Ekonomi Selangor merangkap CEO MBI. 

Menerusi Sovereign Wealth Fund; satu dana dibanakan Selangor Urban Development Fund akan dilancarkan bagi membolehkan Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membuka nilai aset di Petaling Jaya dan Klang bagi tujuan pembangunan semula dan pembangunan baru.

Program ini telah mendatangkan minat yang tinggi terhadap beberapa korporat tempatan dan luar negara yang berkesanggupan menaja kempen Pakatan Rakyat. Mereka menawarkan sehingga 25% saham kepada Pakatan dan/atau Proksinya sekiranya proposal mereka diluluskan. 

Keberhasilan dari rancangan ini akan memberikan keuntungan tunai anggran RM1.2 bilion setahun menerusi penstrukturan semula pemilikan aset hartanah MBI kepada korporat yang berminat.MBI juga akan melabur dalam projek-projek yang dicadangkan oleh korporat tertentu dengan nilai syer sehingga 25% kepada Pakatan dan/atau kepada Proksinya dengan aset dan dana pelaburan MBI. 

TABUNG KHAS 

Menerusi Proksi Pakatan, Tabung Khas dari kutipan ‘tidak terancang’ secara konsisten dari Rakan Perniagaan di Selangor. Kelulusan serta kerjasama daripada PBT bagi meluluskan Lesen Pusat Hiburan, Pusat Rehat dan SPA amatlah penting bagi melancarkan urusan ini. 

Sejumlah 273 taikun telah bersetuju untuk menyumbang secara konsisten RM50,000 sebulan bagi tujuan membiayai Langkah Kajang dengan hasil sebanyak RM13,650,000 sebulan. 

Sebaik sahaja Khalid digugurkan, sejumlah RM50,000 sebulan akan disalurkan kepada setiap cabang seluruh negara bagi membiayai pergerakan mereka. Bakinya akan dijadikan Bajet Tergempar untuk membiayai program-program tertentu. Dana ini akan diuruskan secara bersama oleh Setiausaha Agung dan Pengarah Strategi. 

PENYALURAN DANA LANGKAH KAJANG
KEMPEN SIBER 

Kempen yang berterusan akan mewujudkan persepsi yang berpanjangan. Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat menerusi dana khas Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan Pusat Latihan Propaganda Politik yang akan melatih sekitar 50 orang dari seluruh Negara setiap bulan. 

Latihan ini akan dimulakan dengan latihan kepada senua Jawatankuasa Cabang seluruh Malaysia. Latihan Intensif Propaganda Siber ini akan dilakukan dengan kepakaran dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. 

Intensif seperti pemberian gajet akan mula diagihkan 24 bulan menjelang PRU14 hasil dari dana yang diperolehi dari Serangan Kajang. 

Sejumlah 3800 unit mobile devices jenama Samsung akan ditender sebaik sahaja Menteri Besar Selangor yang baru dilantik dengan nilai RM7.6 juta untuk membolehkan semua Ketua Cabang dan jawatankuasa Cabang seluruh Malaysia mempunyai akses internet. 

24 bulan sebelum PRU14, sejumlah 5,000 unit laptod dengan nilai anggran RM10 juta akna diagihkan kepada petugas siber Pakatan Rakyat di seluruh Negara.
Dari jumlah ini, sejumlah 1500 unit akan diagihkan kepada PACA di seluruh Negara.
12 bulan sebelum PRU14 pula, sejumlah 2,000 unit mobile devices jenama Samsung akan diagihkan dengan nilai RM3.2 juta.
SISTEM
Untuk membolehkan komunikasi masa-nyata (Real-Time) bagi pertukaran maklumat, satu sistem berkomunikasi yang berenkripsi akan dibangunkan. Sistem ini bukan sekadar membolehkan komunikasi tetapi pertukaran gambar, audio, peta dan video dilakukan bagi membolehkan tindakan segera diambil. System ini akan dibangunkan atas teknologi yang sama dengan Whatsapp dan hanya akan dipasang (install) dalam perantian yang dibekalkan sahaja. 

RM3.5 juta akan diperuntukkan untuk menyewa Datacenter Racks, pembelian server dan pembangunan perisian.

MULTIMEDIA 

Peranan kempen multimedia akan dikembangkan dengan peruntukan sejumlah RM2 juta untuk membiayai penerbitan dokumentari, video dan animasi. Peruntukan ini bertujuan untuk pembelian peralatan video, sewaan premis dan elaun petugas. Video Multimedia Berdefinisi Tinggi akan diterbitkan dan disebarkan menerusi Laman Sosial seperti Facebook, Youtube dan lain-lain. 

Penerbitan ini juga akan disiarkan ke dalam semua skrin Bas RapidKL yang dikuasai simpatisan Pakatan Rakyat sepertimana yang pernah dilakukan sebelum PRU13 dahulu tanpa disedari oleh Barisan Nasional.
Menjelang PRU14, stesen TV dan Radio Live Pakatan dengan jenama Pakatan14, akan dilancarkan bagi membolehkan tayangan berdefinasi tinggi dipancarkan menenrusi internet. Tayangan 24 jam ini akan dikendalikan sehingga tamat PRU14.

PENERBITAN INTERNET 

Penerbitan internet secara berkala akan dilakukan dengan mewujudkan lebih banyak laman web yang standing dengan Malaysiakini. 2 NGO Pro-Pakatan telah dikenalpasti akan membantu dengan peruntukan RM2 juta selama 24 bulan.

KEMPEN BERSIH 

Kewangan yang mencukupi untuk memastikan Kempen Bersih ini lebih berjaya. Sejumlah RM500,000 penajaan akan disalurkan untuk membantu promosi, pengangkutan dan lain-lain penajaan seperti Banner dan T-Shirt.

KEMPEN BOIKOT 

Penajaan Kempen Boikot yang dipelopori oleh Pro-Pakatan dalam bentuk Penajaan Banner, T-Shirt, tambang, hotel dan lain-lain akan menjadi lebih hebat sekiranya dana Langkah Kajang disumbangkan kepada mereka. boikot ini amat penting kerana ia menakutkan pelabur dan menyebabkan kerugian kepada perniagaan yang sedia ada.Kehilangan pekerjaan akan menyumbang kepada kebencian kepada kerajaan dan Pakatan akan mengambil kesempatan membantu sebahagian daripada pekerja ini.Sejumlah RM200,000 akan diperuntukan dari dana Langkah Kajang untuk membiayai Kempen Boikot ini.

KEMPEN NEGARA-KU
Sejumlah RM200,000 akan disumbangkan kepada kempen Negara-Ku.

KEMPEN ANTI-LYNAS
Sejumlah RM200,000 akan disumbangkan kepada Kempen Anti-Lynas.

SERANGAN EKONOMI
ISIS dengan kerjasama Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin dari Institut Rakyat akan diperuntukan dana RM1.5 juta bagi kempen lumpuhkan ekonomi
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template