Headlines News :
Home » » SIDANG MEDIA KHAS KHALID IBRAHIM

SIDANG MEDIA KHAS KHALID IBRAHIM

Written By The Turtle Kick on Monday 11 August 2014 | 5:00:00 pm

Abdul Khalid memaklumkan Sultan Selangor perkenan untuk beliau meneruskan tugas MB Selangor sehinggga ada perkembangan terbaru.

Berhubung kedudukan Exco, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan 4 exco kerajaan negeri dari Pas sekali gus membolehkan beliau terus mengadakan mesyuarat kerajaan negeri. Ini berdasar Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

Isu pembubaran DUN tidak disentuh dalam mesyuarat dengan sultan kerana beliau tidak meminta pembubaran dewan dibuat.

Khalid Ibrahim umum DYMM Sultan Selangor perkenan untuk beliau meneruskan tugas selaku Menteri Besar dan yakin tiada sebarang masalah untuk beliau teruskan jawatan selaku MB Selangor walaupun telah dipecat dari PKR.

Adun-Adun Negeri Selangor boleh usulkan undi tidak percaya kepada beliau namun setakat ini tiada sebarang usul diterima oleh pihak istana.Beliau juga menegaskan beliau akan fokus untuk kembali membersihkan nama beliau dari segala tohmahan dan fitnah parti PKR.

Khalid Ibrahim juga berkata beliau akan pertimbangkan tawaran untuk sertai PAS tetapi sekarang ini beliau belum memikirkan tentang perkara itu.

Dalam sidang media itu juga Khalid sempat memberi kata dua kepada exco kerajaan negeri Selangor "Sekiranya exco tidak mahu bekerja dengan saya, mereka yang perlu tinggalkan jawatan, bukan saya,"


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template