Headlines News :
Home » , » Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri

Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri

Written By The Turtle Kick on Tuesday 19 April 2016 | 9:25:00 am


KUALA TERENGGANU 18 April (Bernama) -- Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga ADUN Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menjawab isu berkenaan senarai sebahagian calon Pas pada pilihan raya negeri yang sedang diviralkan dalam media sosial, Alias tidak mahu mengulas lanjut.

"Itu saya tidak pasti. Mungkin betul dan mungkin juga tidak betul. Saya sendiri pun belum tentu dicalonkan kembali oleh Pas. Kita akur keputusan parti," ujarnya.

Menurut sumber berkenaan, 16 orang calon Pas di empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun disenaraikan bagi menghadapi pilihan raya negeri.

ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim dan ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak dikekalkan untuk bertanding di kerusi masing-masing.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pas Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali bakal mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di DUN Seberang Takir.

Penyandang kerusi DUN Teluk Pasu, Ridzuan Hashim yang menang tipis 109 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 digugurkan dan digantikan dengan Azmi Tengah yang juga Ketua Penolong Pengarah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Di Kuala Terengganu, semua penyandang di tiga kerusi DUN digugurkan iaitu Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam), Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang).

Muka baru yang ditampilkan, Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Amzad Hashim (Bandar), Dr. Mohamad Khazani Abdullah (Batu Burok) dan pendakwah terkenal, Wan Sohor Bani Leman (Ladang).

Di Marang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan memberi laluan kepada anaknya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Khalil Abdul Hadi.

Dua penyandang dikekalkan iaitu Mohamad Nor Hamzah (Bukit Payong) dan Ariffin Deraman (Alor Limbat, manakala Suhaimi Sulong dicalonkan semula di DUN Pengkalan Berangan.

Di Dungun, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat kekal bertanding mempertahankan DUN Paka dan Wan Hapandi Wan Nik di DUN Sura.

Bekas ADUN Rantau Abang, Azman Shapawi Abdul Rani bakal bertanding semula di DUN tersebut menggantikan penyandangnya, Alias Harun dan muka baru, Naraza Muda dicalonkan untuk meruntuhkan kubu BN di DUN Bukit Besi.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template