Headlines News :
Home » » "SAYA TIDAK PERNAH MENYESAL KELUAR UMNO" - Masih Mahu Simpan Ke?

"SAYA TIDAK PERNAH MENYESAL KELUAR UMNO" - Masih Mahu Simpan Ke?

Written By The Turtle Kick on Wednesday 6 April 2016 | 4:21:00 pm

Krisis politik Terengganu kembali berkocok dengan beberapa risikan yang telah dibuat oleh beberapa individu di negeri ini dengan 2 adun yang akan menyokong  mantan MB dan akan istihar keluar UMNO serta bertindak sebagai adun bebas.


Kedua-dua kelihatan berjalan seiringan semasa satu program yang dihadiri di bangunan pentadbiran negeri Terengganu Wisma Darul Iman beberapa hari kebelakangan ini telah menguatkan agenda mereka untuk menjatuh parti keramat itu dari terus menabur bakti kepada rakyat keseluruhannya.

Mereka pernah keluar dari UMNO dimana krisis kepimpinan Terengganu bermula pada tahun 2014 yang lalu dan kembali menyokong kepimpinan sekarang ini setelah mendapat kencaman dari ahli akar umbi ketika itu dari kawasan masing-masing.

2 adun yang berpangkat exco kerajaan negeri itu sekali lagi mengatur langkah dengan menyokong mantan MB dengan usul undi tidak percaya yang dibawa kedalam siding dewan undangan negeri pada mac lalu.

Gerak geri yang cukup mencurigakan dari mereka dengan beberapa kenyataan yang dibuat menjurus kearah menyokong tindakkan adun Kijal yang mahu membawa perkara yang sama mengadap YM Tuanku Sultan Terengganu.

Hakikatnya kenyataan itu telah disangkal oleh ahli majlis mesyuarat sultan Terengganu dalam kenyataan yang dikeluarkan akhbar Sinar Harian bertarik 6 April 2014.




 ARTIKEL SINAR HARIAN, 14 MEI 2014 ; OLEH NORHASPIDA YATIM

KUALA TERENGGANU - Setelah tiga hari mendiamkan diri, Adun Ajil, Ghazali Taib akhirnya muncul memberikan kenyataan rasmi berhubung tindakannya keluar Umno dan memilih menjadi wakil rakyat Bebas, sebelum ini.

Menurut Ghazali, beliau tidak pernah kesal memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana ia adalah tindakan yang betul dan diputuskan pada masa yang sesuai.

“Saya tidak kesal berbuat demikian kerana saya telah membela nasib seorang insan ketika itu. Saya rasa tindakan saya betul kerana situasi itu akan dilalui setiap tokoh politik yang mana pada satu masa, pangkat sudah tiada harga, yang berharga adalah teman.

“Jika ibu kita sedang nazak, sanggupkah kita tinggalkan ibu kita? Saya pegang prinsip itu, taat kepada pemimpin saya, sebagaimana taat kepada ibu.

Begitu juga dengan hal yang berlaku terhadap Datuk Seri Ahmad Said, dia yang merencanakan saya sebagai ahli politik, beri ruang kepada saya menjadi wakil rakyat dan bertanding, seterusnya menang dan jadi exco,” katanya pada sidang media, semalam.


Beliau berkata, tindakannya keluar parti sebelum ini disebabkan rasa terkejut dengan pengumuman pertukaran menteri besar, kerana pihaknya tidak pernah dimaklumkan sebarang perkembangan itu secara rasmi.

“Saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini, malah berdasarkan beberapa kenyataan terdahulu, tiada perubahan mana-mana menteri besar dan saya berpegang dengan kenyataan tersebut selain kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Ini bukan soal protes pada menteri besar baharu, ini adalah keluhan rasa yang perlu disampaikan di saat tiada kuasa lagi. Saya juga bukan diamkan diri, saya memilih untuk tidak buat kenyataan selagi Datuk Seri Ahmad Said tidak buat kenyataan, dan saya yakin beliau tidak sekali-kali akan khianati Umno,” katanya.

Ghazali berkata, antara alasan beliau kembali semula kepada Umno disebabkan menghormati hak rakyat Dun Ajil yang menyokongnya selama ini.

“Saya tidak menafikan hak rakyat Dun Ajil yang sokong saya, sebab tu saya kembali semula kepada Umno dan terima jawatan ini, sebab saya tahu saya ada agenda besar untuk bangunkan Ajil.

“Agenda pembangunan Ajil juga saya telah suarakan kepada menteri besar baharu dan beliau bersetuju untuk membantu saya merealisasikan pembangunan Ajil,” katanya.

'Mereka kenal siapa Cikgu Zali'

Ghazali turut menyangkal dakwaan beliau kembali semula kepada Umno atas jaminan jawatannya dalam kerajaan negeri.

“Saya tidak pernah buat U-turn atas sebab jaminan dan sebagainya. Bukan jawatan yang saya tunggu, kalau jawatan yang saya tunggu, saya dah lama tinggalkan Datuk Seri Ahmad Said dan tidak memilih untuk menyokong tindakannya itu. Kalau fikir nak cari kekayaan, saya tidak sertai politik.

“Saya juga tidak berurusan dan berdepan dengan mana-mana tawaran dari parti pembangkang. Saya buat itu semua demi prinsip saya, sebab tu saya kata, kalau perkara ini tidak selesai, saya juga akan letak jawatan sebagai Adun Ajil.

Ini juga bukan soal rasa bersalah atau tidak, kalau  tidak mampu mesti letak jawatan, matlamat saya bangunkan Ajil, saya akan bangunkan Ajil. Saya jadi ahli Bebas, kita ada plan, saya tidak akan khianati rakyat Ajil,” katanya.


Ditanya bagaimana untuk berdepan dengan penyokongnya yang melabel beliau sebagai pengkhianat, Ghazali berkata, mereka yang melakukan protes itu kebanyakannya bukan individu yang mengundinya dalam PRU lalu.

“Pengundi saya faham dan simpati terhadap apa yang berlaku dan tiada masalah untuk saya kembalikan kepercayaan penyokong Ajil dan terangkan kepada mereka. Saya akan turun di Dun saya dan terangkan kepada mereka. Saya kenal penduduk Ajil dan mereka juga kenal siapa Cikgu Zali,” katanya.

Dalam sidang media itu, Ghazali turut menyampaikan hasrat beliau agar setiap proses pertukaran menteri besar pada masa akan datang, akan dimaklumkan secara rasmi dan terlebih awal kepada setiap wakil rakyat.

“Saya secara peribadi mahu pada masa akan datang, setidaknya semua wakil rakyat dipanggil ke Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) untuk terangkan perkara itu, jadi tiada kejutan yang timbul, mana menteri besar yang diturunkan, akan diturunkan secara baik dalam suasana harmoni.

“Kita tahu pengorbanan seorang pemimpin, mereka galas tanggungjawab besar, berdepan masalah dan tekanan yang banyak. Apabila nak bersara, mereka juga perlukan penghormatan terakhir," katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template