Headlines News :
Home » , » ADUN Tepoh CALON MB Selepas Sidang DUN 8 Ogos Ini

ADUN Tepoh CALON MB Selepas Sidang DUN 8 Ogos Ini

Written By The Turtle Kick on Sunday 7 August 2016 | 12:34:00 pm


Kuala Terengganu : Menjelang sidang dewan undangan negeri (DUN) Terengganu esok 8 ogos, peluang pembangkang mengambil alih tapuk kerajaan negeri Terengganu semakin cerah.

PAS yang mendominasi kerusi DUN dengan 15 kerusi, manakala PKR satu kerusi boleh dianggap mempunyai peluang untuk mentadbir negeri ini jika PAS bijak menggunakan kelebihan yang ada.

Ditambah lagi dengan pergolakkan yang sedang melanda parti lawan (UMNO) yang mahu menjatuhkan sesama mereka kerana merebut kuasa nombor satu negeri.

Menurut sumber pakatan pembangkang Terengganu, PAS dilihat kuat pada kerusinya tetapi malangnya mereka sendiri bergaduh sesama mereka mahu menamakan siapa bakal menteri besar Terengganu jika kerajaan UMNO berjaya dijatuhkan selepas dewan bersidang.

Antara nama yang disebut menjadi menteri besar dari kalangan adun PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat Pesuruhjaya PAS Terengganu juga adun Paka,  Hishamuddin Abdul Karim adun Tepoh dan Mohd Nor Hamzah adun bukit Payong.

Menurut sumber dalam PAS, ramai ahli PAS yang terdiri dari kalangan orang muda mahukan Hishamuddin menjadi calon menteri besar Terengganu yang ke 15.

Katanya, Hishamuddin mempunyai kelulusan luar negeri dalam dari Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dan juga timbalan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Beliau dianggap calon paling layak kerana mempunyai pemikiran yang lebih terbuka berbanding dua calon lain kerana kebolehan menjaga tutur kata dengan sesiapa sahaja walaupun dengan parti lawan.

Ditanya mengenai PJ PAS Terengganu, sumber menyatakan bahawa PJ PAS ini sudah lama berada dalam perjuangan PAS tetapi banyak perkara yang melukakan hati rakyat ketika pada mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004 yang lalu.

Satu kes sedang berjalan di mahkamah Terengganu yang berkaitan dengan tanah lot untuk generasi kedua felda ketika itu dan kini tanah yang dijanjikan kepada peneroka generasi kedua felda itu tidak diperolehi seperti mana asalnya.

Kes itu akan membuatkan PJ PAS menolak untuk menjadi menteri besar Terengganu pada kali ini, katanya.




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template