Headlines News :
Home » , » PAS Belum Sedia Menerima Ahmad Said - Satifu Bahri

PAS Belum Sedia Menerima Ahmad Said - Satifu Bahri

Written By The Turtle Kick on Sunday 7 August 2016 | 11:15:00 am

Dungun : Menjelang sidang dewan undangan negeri (DUN) esok, PAS Terengganu mengambil pendekatan untuk melihat apa yang bakal berlaku didalam dewan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, PAS akan melihat drama yang bakal dimainkan UMNO dalam dewan nanti.

"PAS tahu UMNO penuh dengan tipu muslihat bagi mengaburi mata rakyat terutamanya dalam dewan DUN setiap kali diadakan,

"Kita (PAS) berharap apa yang telah dilaung-laungkan oleh mantan menteri besar itu menjadi kenyataan didalam dewan esok,

"Kita juga tahu Ahmad Said banyak menyimpan rahsia kerajaan yang dipimpin Ahmad Razif ketika ini yang banyak menyalah gunakan kuasa dan wang rakyat," ujurnya.

Selain itu beliau sekali lagi menegaskan PAS Terengganu tidak akan berkerjasama dengan Ahmad Said kerana ia akan memberi keburukkan kepada imej Islam yang didokong PAS selama ini.


"Kita tidak akan menerima mereka yang menggunakan kuasa untuk memuaskan nafsu serakah untuk bersama perjuangan islam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template