Headlines News :
Home » » Blogger Wajib Membacanya??

Blogger Wajib Membacanya??

Written By The Turtle Kick on Thursday, 26 June 2014 | 2:00:00 pm


Blogging Tips | Blogging Is Not Rocket Science, It's About Being Yourself, And Putting What You Have Into It....

Teknik Penulisan Blogging Yang Perlu Anda Ketahui

Twitter 0 Facebook 0 Google+ 2 StumbleUpon 0 Pin It Share 0 Email -- Email to a friend
penulisan blogging
Penulisan Dan Blogging adalah sesuatu yang tidak dapat anda dipisahkan. Tanpa penulisan yang berkualiti, maka tugasan anda untuk berjaya dalam bidang blogging menjadi bertambah sukar. Ini tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dalam blogging. Ramai blogger yang menulis secara caca merba (mohon maaf ya), berjaya dalam mencapai apa yang di cita dan ini termasuklah pendapatan yang lumayan dan traffik yang mencanak-canak. Namun, anda boleh mengurangkan beban kerja anda dengan menghasilkan penulisan yang lebih baik dengan teknik yang berkesan sebagaimana yang disarankan oleh sifu-sifu blogger.

>> Rahsia Buat Duit Dengan Menulis <<

Penulisan Dalam Blogging Perlu Ada Kreativiti

Harus diingat bahawa blogging di zaman ini telah memasuki era baru. Status blogger tidak boleh diremeh-temehkan kerana  blogger juga ibarat selebriti moden yang mampu mempengaruhi gaya hidup dan sosial masyarakat sekarang. Hari ini wujud blogger-blogger yang turut dikenali sebagai ‘social media influencer‘ yang boleh menyakinkan pembaca akan sesuatu produk atau perkhidmatan. Lantaran itu, khidmat mereka ditagih oleh industri-industri yang memerlukan bagi mempromosikan jenama masing-masing. Cara ini dilihat lebih effektif dari pengiklanan cara tradisonal di media-media seperti akhbar, TV dan radio. Pengguna zaman sekarang lebih gemar mendapatkan pendapat ketiga dari merujuk kepada iklan-iklan syarikat. Oleh itu, penulisan menarik di blog akan mempengaruhi pendirian dan pendapat mereka.
Oleh itu, bila berblogging, kita perlu kreatif. Ia bukan setakat menulis apa yang telah tersurat sahaja, akan tetapi blogger perlu bijak mentafsirkan apa yang tersirat. Gunakan juga perkataan-perkataan yang menarik dan catchy bagi mendapatkan perhatian pembaca. Jangan terlalu ” cliché” ya.

Blogging Dan SEO Satu Kemestian

Jangan sesekali padang remeh akan kepentingan SEO dan jangan malas hendak pelajari SEO (Search Engine Optimization). Ia bukan ‘rocket science“. Ia boleh dipelajari oleh blogger biasa yang bukan dari aliran IT atau sains. Anda cuma perlu bukakan hati dan lihat sendiri bagaimana ia dilakukan. Tiga perkara utama yang perlu anda tahu sekurang-kurangnya:-
  • Kajian Kata Kunci (keyword research). Gunakan tools seperti Jaaxy untuk lebih effektif.
  • Artikel unik dan jika boleh panjang
  • Penggunaan heading H3 dan Meta Title/Description yang sesuai
  • Jangan SPAM kata kunci
Sekiranya anda boleh meningkatkan ilmu SEO anda adalah lebih baik. Ada banyak panduan samada secara percuma atau berbayar di internet. Tips yang rahsia-rahsia itu selalunya berbayar. Terpulanglah samada anda mahu buat perlaburan atau tidak.

>> Kitab SEO Untuk Blogger Malaysia <<

Menulis Untuk Pembaca

Tulis dari hati dan jangan jadi macam robot. Ingat dalam teknik SEO – jangan spam keyword! Jangan juga terlalu ghairah untuk tulis ikut keyword sahaja. Tulis untuk beri penerangan dan maklumat berguna kepada pembaca. Barulah dapat respect dari pembaca. Jika anda tulis caca merba dengan artikel tiada haluan ke mana, maka pembaca anda akan terhad pada kawan-kawan dan mereka tersilap masuk ke blog anda sahaja. Luaskan dan banyakkan pembaca anda. Tulis artikel berkualiti yang menjadi rujukan banyak pihak dan tolong jangan kedekut ilmu!

Blogging Ikut Fikiran Dan Bukan Ikut Hati

Penulisan dalam blogging perlu ‘smart‘ juga macam kerja-kerja lain. Tak boleh dipaksa-paksa dan ikut hati sahaja. Jika tiada idea atau tiada informasi yang beri ‘nilai tambah’ pada pembaca, maka elakkan diri dari menulis dahulu. Buat ‘brain storming’, buat kajian dan bacaan di perpustakaan dan barulah menulis. Insya-allah hasil akan jadi lebih baik.
Jangan penatkan diri dengan kerja-kerja menulis beratus-ratus artikel tapi satu pun tidak menarik minat pembaca. Biar sedikit tetapi ada ‘Ummmphhh‘. Google pun suka dan mungkin akan letakkan di kedudukan ranking yang baik, dengan syarat ilmu SEO pun dipraktikkan bila menulis.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template