PRU-13 mencatatkan keputusan paling teruk kepada MCA dan GERAKAN.
Bagaimanapun, berbeza dengan MCA, GERAKAN dilihat sudah mula melakukan
kerja semenjak selepas PRU-13. Sedangkan MCA pula lebih banyak
menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri dan dalam beberapa siri PRK
selepas PRU-13, MCA jelas kaku, lemah dan tenggelam punca.
Hari ini, beberapa orang pemimpin MCA telah dilantik sebagai Menteri dan
Timbalan Menteri. Maka ramailah yang bertanya, adakah perlantikan
tersebut berbaloi atau MCA masih melihat DAP sebagai idola mereka dan
MCA cuba menyaingi DAP dalam mendapat pengaruh dan sokongan masyarakat
pengundi Cina.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, MCA sebenarnya sudah hilang
cengkamannya ke atas masyarakat Cina, bahkan kemenangan calon-calonnya,
hanya bersandarkan kepada sokongan masyarakat Melayu yang masih kekal
menyokong UMNO berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti yang
ditubuhkan pada tahun 1946 oleh seluruh kepimpinan Melayu dari pelbagai
pihak di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bharu itu.
Untuk pengetahuan, UMNO pernah diharamkan pendaftarannya pada tahun 1987
tetapi pendaftaran semula dibuat oleh Tun Dr. Mahathir beberapa minggu
kemudian dan kembali memperkukuhkan parti berkenaan yang turut
menghasilkan parti-parti serpihan seperti PAS, Semangat 46 dan PKR.
MCA yang ditubuhkan pada tahun 1949 atas nama Persatuan Cina Tanah
Melayu oleh Tan Cheng Lock bersama-sama, Leong Yew Koh dan H.S Lee
berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup meruncing selepas era Ling
Liong Sik. Prestasi paling teruk adalah pada tahun 2013 apabila MCA
hanya menang 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN berbanding 15 Parlimen
dan 32 DUN pada tahun 2008.
MCA bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.
Adakah dengan perlantikan anggota kabinet dari kalangan MCA ini,
prestasi kepimpinan Tiong Lai akan terkeleweh juga seperti ketika MCA di
bawah kepimpinan Chua Soi Lek yang banyak melakukan kesilapan
percaturan dan taktik.
Dari zaman awal merdeka sehinggalah kini, MCA setia bersama-sama UMNO
walaupun ada masanya hubungan kedua-dua parti itu ada pasang surutnya.
Walaupun pada peringkat awalnya, Tan Cheng Lock menentang UMNO dan
menyokong Malayan Union tetapi selepas penubuhan MCA, Tan Cheng Lock dan
MCA bekerjasama rapat dengan UMNO untuk memastikan British memberikan
kemerdekaan kepada negara ini.
Tan Cheng Lock bersama-sama dengan Sambanthan, Presiden MIC dan Tunku
Abdul Rahman terkenal menerusi 'perjanjian kontrak sosial' di atas kapal
laut yang belayar ke England untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.
Kerajaan Barisan Nasional hari ini sebenarnya adalah Kerajaan Bumiputera
berdasarkan jumlah kerusi yang dipegang oleh UMNO dan parti-parti
Bumiputera Sabah serta Sarawak. MCA dan GERAKAN gagal pada PRU-13 lalu.
Namun hari ini, GERAKAN sudah pun menunjukkan iltizam untuk bekerja dan
bangun kembali seperti yang dapat dilihat menerusi usaha mereka di Teluk
Intan bersama-sama UMNO tetapi MCA masih gagal termasuklah ketika PRK
DUN Kajang apabila lebih berlagak seperti taukeh besar, sepertimana yang
dirungutkan oleh tenaga-tenaga kerja pilihanraya Barisan Nasional.
Adakah perlantikan ini akan mula mengubah dan menyedarkan MCA bahawa
kekuatan MCA sebenarnya perlu dibangkitkan oleh merek asendiri, bukannya
mereka menumpang orang lain dan kemudian berlagak seperti tuan besar
seperti yang kerap dilakukan oleh Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA
yang banyak mulut tetapi kemenangannya di Ayer Itam hanya bergantung
kepada undi Melayu-UMNO!
theflyingkick.blogspot.com
Home »
» Najib Semakin BO*** Kerana Mengikut Teluncuk CINABerg
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !