Headlines News :
Home » » Dom Berapa Bodow Mane...kah..kah..

Dom Berapa Bodow Mane...kah..kah..

Written By The Turtle Kick on Wednesday, 18 June 2014 | 10:20:00 pm

Nampaknya, dunia politik Malaysia tidak sepi dengan cerita-cerita glamour yang sengaja diada-adakan bagi mewujudkan satu persekitaran yang menarik dalam usaha mencipta isu dan persepsi.

Terbaru, rombakan kabinet yang diuwar-uwarkan telah menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai sasaran.

Keadilan Daily yang sudah pasti bekerjasama dengan 'orang dalam' atau pihak yang sama dalam isu KONTROVERSI MENTERI BESAR TERENGGANU telah menyiarkan satu tajuk berita spekulatif kononnya Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat ini.

Kalau diingat-ingatkan, ini bukanlah 'Jumaat' pertama di mana pembubaran atau rombakan kabinet dikatakan akan dibuat. Namun, sehingga beberapa Jumaat telah berlaku, rombakan Kabinet dan pengguguran beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri tetap tidak juga berlaku.

Maklumat yang diperolehi daripada pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan, Timbalan Perdana Menteri itu sekadar mengambil cuti biasa, bukannya bercuti terus daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lebih menarik lagi ialah apabila ada 'orang dalam' sendiri yang cuba menimbulkan cerita kononnya, Muhyiddin bercuti kerana usaha menggulingkan Najib Abdul Razak. Mereka ini cuba menggunakan saluran PKR iaitu menerusi Keadilan Daily untuk mencipta gelombang dan pada masa yang sama, mengelak mereka daripada disyaki.

Bagaimanapun, 'bau tangan-tangan' mereka yang terlibat dalam kontroversi jawatan Menteri Besar Terengganu, begitu ketara dalam kes ini. 
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template