Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di
bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah
tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata
ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk,
baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku.
Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap
manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku
beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai
seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan
nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik
yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak
dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia
makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku
membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?"
Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni.
Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak.
Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang
tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila
semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik
kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom."
Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih
meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku
tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku
lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana?
Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku
dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran
tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk
seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang
pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa
terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai
untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang
aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2
melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik
bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai
dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci,
dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia
bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang
makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang
aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa
dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling
terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai.
Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik
kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang
yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana
doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku
bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa
lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai
yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling
mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor
dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus
dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan
buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus
pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai
helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat
bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy pasted - Warta Dari Hati)
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali
menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !