Tertubuhnya nya PAS adalh kerana ada hasad dengki gila kuasa, gila pangkat sesama melayu/Islam.
Dasar perjuangan untuk sebuah negara Islam dan hukum Islam di laksanakan dalam negara, hanya retorik, umpan untuk menunjuk kan baiknya perjuangan mereka di mata majoriti umat rakyat melayu/Islam dlm negara, untuk tujuan mengundi, menyokong cita² pemimpin PAS yg gila nk berkuasa dari gila nk perjuangkan Islam.
Tapi yg jelas kalau di tubuh tu dgn adanya daging yg tak baik maka tak baik lh jadinya, punya lh busoknya hati org PAS yg tahap bangkai ni, tak boleh tengok org melayu/Islam senang sikit, mesti nak menaruh syak wasangka burok, apatah lagi org melayu/Islam yg kaya tu menyokong UMNO/BN pasti mereka akan melemparkan pelbagai tuduhan dan tomahan.
PAS melihat seseorang Melayu/Islam yang kaya dgn hasil kemakmuran negara hasil di bawah kerajaan UMNO/BN wajar dimusuhi dan diperangi...
KUALA LUMPUR 13 Jun - Pemimpin Pas tidak perlu cemburu dengan kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sehingga cuba menyerang ahli perniagaan Melayu paling berjaya itu sepanjang masa dan mereka sebaliknya patut berbangga dengan kemampuan tokoh tersebut
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin Pas kerana seolah-olah mahu membunuh kejayaan usahawan Melayu tetapi membisu seribu bahasa terhadap isu monopoli kaum Cina dalam bidang ekonomi.
"Mengapa Melayu nak bunuh Melayu? Kita sepatutnya berbangga kerana ada orang Melayu yang tersenarai sebagai salah seorang yang terkaya di Malaysia dan juga di Asia tetapi pemimpin Pas tidak begitu. Mengapa cemburu sangat dengan Syed Mokhtar?
"Patutnya mereka pertahan usahawan Melayu seperti Syed Mokhtar. Mengapa dalam soal monopoli kekayaan ekonomi oleh orang Cina tiada seorang pun pemimpin Pas yang berani bersuara," katanya menerusi blog umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan kepada Syed Mokhtar dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.
Dalam pada itu, Syed Ali menyifatkan tindakan Mahfuz dan Khalid sebagai pengkhianatan kepada orang Melayu kerana sebagai tokoh politik, sepatutnya kedua-dua pemimpin kanan Pas itu tampil dengan jiwa besar untuk mempertahan usahawan bumiputera.
"Pemimpin Pas sepatutnya memberikan idea yang baik bagaimana untuk melahirkan lebih ramai orang Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukannya mengambil tindakan sengaja mahu membunuh tokoh perniagaan Melayu seperti beliau," katanya.
Artikel Penuh
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !