Rumah sewa mahal, tiada tempat tinggal dan baru tiba dari kampung. Itu
antara alasan yang sering digunakan pasangan yang ditahan JAIS kerana
berkhalwat.
Majoriti yang ditahan terdiri daripada pasangan berusia 20-an hingga
30-an dan tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dengan memberi
alasan kos sara hidup yang tinggi.
Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, melihat kesalahan
jenayah syariah itu antara yang tertinggi di negeri ini, pihaknya
mengambil langkah proaktif untuk mengekang masalah ini daripada terus
berlaku.
JAIS kini mempunyai 200 anggota penguat kuasa yang ditempatkan di
semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memantau perlakuan sumbang
ini selain memantau jenayah syariah lain.
“Walaupun khalwat antara kes jenayah syariah yang tertinggi dicatatkan di negeri ini, namun ia masih lagi terkawal.
“Kerjasama erat semua pihak diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan
jenayah syariah, sekali gus dapat mengawal masalah ini daripada terus
merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat,” katanya.
Operasi berterusan membanteras pusat maksiat seperti rumah urut dan
hotel bajet yang dijalankan agensi penguat kuasa seperti polis dan
Jabatan Imigresen banyak membantu mengurangkan kadar jenayah syariah di
negeri ini.
Kesedaran anggota masyarakat juga semakin meningkat dengan
menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah syariah yang berlaku di
kawasan masing-masing.
Home »
» Alasan Rumah Sewa Mahal Untuk Berzina!!!
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !