Headlines News :
Home » » Biar Apa Pun Saya Tak Akan Kembali Ke MALAYSIA

Biar Apa Pun Saya Tak Akan Kembali Ke MALAYSIA

Written By The Turtle Kick on Tuesday, 1 July 2014 | 11:30:00 am

Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.

Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi meninggalkan tanah air.

“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima. Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.


“Saya antara orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat. Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan pergi senyap-senyap.
“Tidak sangka 31 Januari lalu, jam 12.30 tengahari, dia datang berjumpa buat kali terakhir,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Lotfi dalam satu kiriman Facebook pada Khamis mendakwa sudah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat oleh parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat daripada PAS pada 11 Mei lalu.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan  memecat Lotfi daripada parti selepas mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.

Zainon, 53, berkata Lotfi membuat kajian yang mendalam selama tiga tahun sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara atau sahabat menyertai perjuangannya.

Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria.

“Sebenarnya Lotfi tidak lagi pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah berjihad. Dia tidak akan kembali ke Malaysia.

“Yang penting PAS tetap berdiri teguh dan dirinya selamat di Syria,” katanya kepada Sinar Harian yang kesal dengan pihak tertentu sering mengeksploitasi perjuangan adiknya di negara bergolak itu. – 30 Jun, 2014.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template