Berita penyertaan seorang gadis Melayu bernama Shefura Othman atau Rara Othman ke dalam DAP, sudah mula diperkatakan. Seperti biasa, daya tarikan terhadap seseorang individu adalah paras rupanya. Dan Rara Othman menepati citarasa tersebut. Selain jelita, dia juga seorang gadis bertudung.
Tidak seperti Dyana Sofya yang mempunyai masalah peribadi dan masalah sosial yang kronik, Rara Othman bakal ditampilkan oleh DAP sebagai gadis suci yang tidak disentuh oleh mana-mana lelaki lagi. Bahkan Rara Othman juga akan dipotretkan sebagai gadis Melayu terakhir yang amat menjaga kesopanan dan batas kesusilaannya.
DAP memerlukan imej-imej sebegitu untuk menarik lebih ramai penyertaan belia-belia Melayu ke dalam parti berkenaan.
Suatu ketika dahulu, DAP tidak pernah bersikap lunak terhadap agama Islam dan penganut Islam. Sebarang keistimewaan yang diperuntukkan kepada Islam dan umatnya di negara ini berasaskan Perlembagaan Persekutuan akan diperlekeh dan ditentang.
Tentangan yang dilakukan oleh DAP itulah yang mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Namun selepas 2008 di mana DAP baru sedar, persekongkolan dengan Melayu-Islam akan lebih memudahkan objektif untuk menguasai negara ini, membuatkan para pemimpin kanan DAP cuba berlakon sebagai pemimpin bukan Islam yang mesra Islam. Bahkan sesetengahnya seperti Ong Kian Min dan Nga Kor Ming sanggup bersusah payah menghafal ayat-ayat al Quran, membacakannya di hadapan khalayak Islam dan kemudian membuat tafsiran sesuka hati seolah-olah mereka sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.
Sepanjang 2008 sehingga 2014 juga menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin DAP seperti Teresa Kok, Nga Kor Ming, Ngeh Kor Ham, Lim Guan Eng malahan Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh cuba mengambil hati pengundi-pengundi Islam menerusi pembabitan secara langsung dalam ibadah umat Islam.
Ramadhan dan 10 Zulhijjah menjadi pentas untuk mereka memperagakan kebaikan dan ketulusan hati mereka.... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !