Headlines News :
Home » » Kadar Zakat Terengganu Sama Macam Lepas-Lepas!!

Kadar Zakat Terengganu Sama Macam Lepas-Lepas!!

Written By The Turtle Kick on Wednesday, 2 July 2014 | 2:24:00 pm

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah di Terengganu bagi tahun ini kekal  pada tiga kategori iaitu RM7.60, RM7 atau RM4.50 seperti tahun lalu.
kadar zakat-4
Yang Dipertua Maidam, Dato’  Bentara Luar, Dato’ Omar Pilus berkata kadar itu dikira berdasarkan harga beras yang nilainya bersamaan beras lima peratus hancur, beras 10 peratus hancur serta beras 15 peratus hancur.
“Bagi mana-mana orang ramai yang memakan beras dari jenis yang baik, maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakan, iaitu mengikut nilaian tunai timbangan beras yang beratnya bersamaan 2.60 kilogram,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Maidam, hari ini.
Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Dato’ Mohd Rozali Salleh.
Sehubungan itu, orang Islam di negeri ini boleh menunaikan pembayaran di mana-mana kaunter bayaran zakat Maidam dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja biasa.
Katanya, bagi kemudahan umat Islam di negeri itu, kaunter bayaran zakat Maidam dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 4 petang, bermula dua minggu sebelum hari raya Aidilfitri, iaitu 14 Julai hingga 27 Julai ini.
Tambah beliau, Maidam melantik seramai 1,096 amil untuk menjalankan pungutan fitrah atau zakat harta di setiap masjid dan surau, serta kawasan tumpuan termasuk pasaraya  di negeri ini.
Pada tahun ini, beliau berkata Maidam mensasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM5.9 juta berbanding pungutan zakat RM5.8 juta pada tahun lepas.
“Kutipan pada tahun lalu (2013) telah menyumbang kepada lima peratus dari jumlah keseluruhan pungutan zakat bagi seluruh Terengganu yang berjumlah RM121 juta.
kadar zakat-1
“Pada tahun ini, dianggarkan pungutan zakat fitrah akan mencapai jumlah RM5.9 juta,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua masyarakat Islam di negeri ini menunaikan fitrah seawal yang mungkin bagi mengelak sebarang kesukaran dan tidak menanti sehingga saat akhir atau sejurus sebelum solat Aidilfitri, iaitu waktu terakhir wajib pembayarannnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template