Headlines News :
Home » » Tips Rumah Tangga Bahagia: Tidur Bogel Dengan Pasangan

Tips Rumah Tangga Bahagia: Tidur Bogel Dengan Pasangan

Written By The Turtle Kick on Wednesday, 2 July 2014 | 10:53:00 am

 Ingin tahu rahsia untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga anda?
Jawapannya ialah dengan sentiasa tidur dalam keadaan berbogel dengan pasangan anda.
Menurut Daily Mail, satu kajian yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan sebanyak 57 peratus daripada 1004 koresponden mengatakan dengan tidur bogel bersama pasangan masing-masing, ianya dapat mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian perkahwinan mereka.
Sementara selebihnya pula lebih suka memakai pakaian tidur atau pyjamas ketika sesi beradu bersama suami atau isteri mereka.
Menurut Stephen McKensie, 33, dirinya sudah enam tahun mengamalkan tidur tanpa mengenakan sebarang pakaian di mana Stephen berasa sangat selesa berbanding tidur dengan memakai pyjamas mahupun boxer.
“Isteri saya pun melakukan perkara yang sama dan kami sangat gembira dengan perkara ini. Tidur bogel membantu kami sentiasa bersikap tenang ketika berada di atas katil,” katanya.
Selain itu, menurut kajian itu lagi, tabiat pasangan di bilik tidur turut mempengaruhi kebahagiaan hidup berumah tangga yang dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.
Antaranya ramai koresponden tidak menggemari pasangannya makan di atas katil dan memakai stokin ketika tidur- Webberita.com
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template