Headlines News :
Home » » "Kisah Seram Hantu Minyak Urut"

"Kisah Seram Hantu Minyak Urut"

Written By The Turtle Kick on Wednesday, 18 June 2014 | 12:39:00 am

Penghujung tahun 2011 ada satu kisah yang berlaku pada satu malam di Kota Bharu Kelantan. Secara kebetulan saya turut sama ada di Kota Bharu namun pada waktu kejadian seram itu berlaku saya tiada kerana berhibur di Golok. (orang bujang hehehe)

Kisah seram tersebut telah menghantui hidup seorang wanita yang mana beliau hampir hampir menjadi mangsa kerakusan mahluk Hantu Minyak urut. Kejadian ini saya hanya dengar dari mulut ke mulut pada tahun 2012 namun saya menggangap ianya hanyalah khabar angin dan kureng percaya dengan cerita Hantu Minyak Urut ini.

Pada bulan Mac 2013 baru lah saya mengetahui kisah seram tersebut apabila mangsa yang merupakan seorang perempuan telah saya ambil bekerja di tempat saya secara kontrak selama 3 bulan bagi membantu beliau yang kesempitan keewangan.

Sewaktu bekerja dengan saya lah wanita itu menceritakan kejadian seram tersebut. Beliau menceritakan kepada saya kejadian yang berlaku pada malam itu apabila Lembaga tersebut telah meminta beliau menghantar minyak urut ke bilik tidor nya. Wanita itu yang tidak mengesyaki apa apa menghantar minyak urut. Apabila sampai dibilik tidor lembaga tersebut meminta pula wanita itu untuk mengurut kakinya. 

Wanita itu yang kasihan kepada lembaga itu membuka botol minyak urut dan ketika itu juga wanita itu di terkam dari belakang oleh Hantu Minyak Urut yang hanya berkain tuala. Mujur kudrat wanita itu lebih kuat dari Hantu Minyak Urut yang dah berumur itu dan telah melarikan dari bilik Hantu Minyak Urut. Malam itu beliau selamat dari menjadi mangsa kerakusan Hantu Minyak urut.

Saya yang sebelum ini telah mendengar kisah seram tersebut terus menjadi kaget kerana jika apa yang dinyatakan oleh wanita itu maka benarlah Hantu Minyak Urut wujud dimuka bumi ini. Apakah ianya jelmaan syaitan? Berfikir saya bila wanita ini menceritakan kisah seram itu dalam keadaan menangis teresak esak.

Semenjak dari pengakuan wanita yang hampir hampir menjadi mangsa kerakusan Hantu Minyak Urut saya mengambil pendekatan memberikan nasihat kepada rakan rakan wanita terutama rakan penggiat media sosial. Nasihat saya kepada wanita diluar sana :

"Jauhi dari lelaki yang mintak Minyak Urut"

Rujukan Wikipedia :
"Hantu Minyak Urut memang wujud dan merupakan adik tiri kepada Hantu Jebond dan sepupu kepada Toyol"
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Parti Amanh Negara

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. The Turtle KICK - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template